- foto muka depan
- Isi kandungan
- Polisi Umum Media dalam Hal Melibatkan Palestin
- Polisi umum media dalam membincangkan hal melibatkan Palestin
- Polisi media mengenai pendudukan haram Israel
- Söylemler Üzerine Medya Politikaları (1)
- Polisi media dalam wacana glob- al mengenai Palestin (2)
- Polisi media dalam memberi sokongan kepada Palestin
- Polisi media mengenai kandungan
- Polisi media tentang wacana media secara
- Penjelasan
Isi kandungan
Polisi umum media dalam membincangkan hal melibatkan Palestin
Polisi media mengenai pendudukan haram Israel
Polisi media dalam wacana global mengenai Palestin (1)
Polisi media dalam wacana global mengenai Palestin (2)
Polisi media dalam memberi sokongan kepada Palestin melalui media digital
Polisi media mengenai kandungan dan format media
Polisi media tentang wacana media secara global semasa perang dan tunjuk perasaan
Polisi Umum Media dalam Hal Melibatkan Palestin
Garis panduan wartawan dan institusi media
Polisi umum media dalam membincangkan hal melibatkan Palestin
Buku panduan ini mencadangkan elemen dan mekanisma yang boleh digunakan pihak media serta wartawan bagi membincangkan hal berkaitan Palestin. Berikut adalah antara perkara yang dicadangkan:
- Hal Palestin dan isu pendudukan haram Israel haruslah dibincangkan secara realistik dan menyeluruh, sebagai contoh; Ini ialah sebuah pertempuran bagi membebaskan negara daripada pengaruh kongkongan kuasa penjajah yang berterusan. Palestin ialah sebuah negara yang telah lama menderita akibat Nakba (malapetaka) di samping bergelut dengan isu pelarian selama beberapa dekad. Warga Palestin ialah orang yang mempertahankan nasib mereka sendiri dan berjuang mendapatkan kebebasan agar tidak menjadi pelarian di tanah air sendiri. Mereka turut menuntut agar prinsip martabat dan keadilan manusia dapat ditegakkan.
Justeru, ini bukan konflik tentang perbezaan pendapat dalam
suatu perbincangan atau rundingan, tetapi Palestin berhadapan
dengan keganasan dan pencerobohan yang tidak boleh diterima
sama sekali. - Israel ialah sebuah entiti haram di rantau ini, bukanlah entiti awam
atau demokratik. Maka, Israel harus dirujuk sebagai ‘penjajahan
Israel’, ‘penjajahan Zionis’, ‘penempatan/pendudukan haram israel’, ‘negara aparteid,’ ‘negara rasis’ atau mana-mana istilah yang membawa maksud yang sama pada konteks yang sesuai. Ini bedasarkan kepada pucuk pangkal isu, fakta sejarah dan prinsip undang-undang antarabangsa yang gagal dipatuhi oleh Israel Selain itu, ia juga merujuk kepada ciri pembentukan negara Israel yang bersifat perkauman, mitos dan bersandar kepada maklumat yang salah. - Hal mengenai Palestin perlu diberi ruang separa kekal untuk dibincangkan di semua peringkat dalam mana-mana institusi media. Hal ini perlu dikupas dengan berhati-hati agar dapat difahami dan diterima oleh masyarakat seluruh dunia merentasi pelbagai budaya dan bahasa.
- Terminologi yang dipromosikan oleh propaganda penjajah perlu
dielakkan, sebaliknya istilah tepat yang promosikan perjuangan
Palestin perlu digunakan, sebagai contoh:* Istilah ‘tembok keselamatan’ tidak boleh digunakan sebaliknya
dirujuk sebagai ‘tembok pemisah kaum’ atau ‘tembok
perluasan jajahan Israel’ atau ‘tembok apartheid’.
* Istilah ‘tindakan sabotaj’ atau ‘serangan pengganas’ tidak
wajar digunakan sebaliknya dirujuk sebagai ‘tindakan untuk
mempertahankan hak’
* Istilah ‘warga Israel Arab’ adalah tidak tepat. Mereka harus
dirujuk sebagai ‘warga Palestin 1948’, atau ‘warga Palestin di
tanah rampasan pada tahun 1948’ - Sempadan geografi Palestin adalah sempadan bersejarah yang
diakui kewujudannya di bawah Mandat British (Sejarah Palestin)
dengan keluasan 27000 km persegi. - Institusi media dan akademik perlu memberi fokus terhadap
penambahbaikan wartawan, meningkatkan kemahiran mereka
agar dapat menggalas tanggungjawab dalam merungkai hal
melibatkan Palestin secara konsisten dan mendalam. - Hak penduduk Palestin untuk mempertahankan diri dan
menentang penjajahan perlulah ditekankan. Media perlulah
membezakan penggunaan perkataan penentangan dan
‘keganasan’ supaya jelas kerana kesalahan kegunaan kedua-dua
perkataan ini boleh memberikan intepretasi yang salah. Perhatian
khusus perlulah diberikan kepada isu seputar rakyat Palestin dan
hak mereka seperti:* Hak untuk menentang.
* Hak untuk kembali ke tempat asal.
* Hak untuk menentukan hala tuju diri.
* Hak untuk menetap di negara yang merdeka dengan Baitul
Maqdis sebagai ibu negara.
* Hak untuk beribadat dalam kepercayaan masing-masing di
tempat suci Islam dan Kristian.
* Hak kebebasan bersuara.
* Hak menyertai politik.
* Hak kebebasan untuk berkumpul dan membentuk kumpulan
politik dan sosial.
* Hak untuk bebas dari penjara.
* Hak kebebasan media.
* Hak untuk membentuk pergerakan.
* Hak mendapatkan pendidikan.
* Hak untuk hidup bebas dan mendapatkan kebahagian.
Seperti yang telah disepakati dalam perjanjian dan konvensyen
antarabangsa. - Hal mengenai Palestin seharusnya tidak hanya dipandang sekadar
kesan daripada konflik politik, ideologi, mazhab mahupun etnik.
Status dan isu Palestin perlulah dipandang sebagai isu mengenai
agama, dan kemanusiaan secara menyeluruh dan bukannya
sekadar menjadi alat untuk berselisih pendapat dalam politik. - Hal Palestin harus dilihat sebagai isu kemanusiaan yang perlu
diberitakan kepada umum. Liputan tidak boleh tertumpu pada
unsur-unsur «sekadar berita» yang menjadikan hal berkaitan
Palestin hanya sekadar berita jenayah tempatan di “Israel”.
Sebaliknya berita perlu memberi fokus tentang keadaan rakyat
Palestin, kekejaman, dan kesengsaraan yang terpaksa ditanggung
oleh masyarakat Palestin. Antara suara yang boleh diperjuangkan
ialah:
* Penahanan kanak-kanak
* Pengeboman orang awam yang tidak bersenjata
* Serangan terhadap warga tua
* Penahanan kaum wanita dan ibu yang baru melahirkan
* Membakar rumah dan tumbuh-tumbuhan
* Kemiskinan akibat pendudukan haram
* Penindasan di pos kawalan - Masyarakat antarabangsa perlulah berasa bertanggungjawab
untuk menghentikan ketidakadilan yang terpaksa ditanggung
oleh warga Palestin yang menjadi mangsa kepada senario pilih
kasih dalam politik. Ketidakadilan yang berlaku di peringkat global
adalah satu isu yang serius. Ini menjadi tanggungjawab bersama
untuk memperjuangkan keadilan, menamatkan pendudukan
haram, dan melindungi hak rakyat dan negara. - Liputan perlulah mengukuhkan perpaduan nasional Palestin dan
mempromosi untuk bersama-sama menentang pendudukan
haram. Mana-mana isu yang jelas boleh memecahbelahkan
haruslah dielakkan. Perbezaan pendapat perlulah diraikan
dengan membuka ruang untuk dialog dan sesi kritikan yang
membina asalkan tidak bercanggah dengan tujuan asal iaitu untuk
memastikan hak masyarakat Palestin terpelihara. - Media bertanggungjawab untuk mendedahkan kekejaman, dan
jenayah penjajahan terhadap rakyat Palestin dengan menyemak
semula fakta sama ada dari peringkat setempat, serantau mahupun
secara global. - Wartawan dan institusi media perlulah meneliti fakta dan skeptikal
terhadap hal Palestin yang diterbitkan oleh media perdana atau
antarabangsa. Kandungan yang salah dan palsu perlu dikenal
pasti, dan respon yang professional perlu diberikan.
Polisi media mengenai pendudukan haram Israel
Bersandarkan kepada prinsip untuk tidak mengiktiraf pendudukan Israel termasuklah sistem politik dan undang- undang yang diguna pakai mereka, dan dalam konteks menyokong Palestin, berikut adalah cadangan polisi untuk
media melaporkan isu mengenai pendudukan Israel:
- Tiada dokumentasi dan pengiktirafan rasmi mengenai
pendudukan Israel dan sempadan kawasan yang dibangunkan
Israel. Jika kita lihat pada sempadan de facto, dinasihatkan untuk
menggunakan istilah “Penempatan Palestin 1948”, atau “wilayah
Palestin yang dijajah pada tahun 1948”. - Kekejaman jenayah pendudukan haram Israel, dan keganasan yang
dilakukan oleh intitusi dan peneroka haram terhadap penduduk
Palestin perlu ditekankan dengan cara menggambarkan
kezaliman penjajahan dan mempertimbangkan sensitiviti
khalayak. Ini termasuk:
* Hukuman kolektif.
* Pengeboman sembarangan.
* Pengepungan.
* Pembunuhan yang disengajakan.
* Penahanan sesuka hati.
* Serangan terhadap kanak-kanak, wanita dan orang tua.
* Penyiksaan.
* Siksaan menyebabkan kecatatan kekal.
* Keganasan terhadap orang awam.
* Keganasan terhadap tempat ibadah.
* Rampasan tanah.
* Membakar tanaman.
* Pelanggaran hak asasi manusia. - Sangat penting untuk memahami bahawa peneroka haram
Israel bukanlah warganegara/rakyat. Mereka bersenjata yang
berkhidmat di ketenteraan penjajah, tinggal di penempatan
haram iaitu asalnya kawasan masyarakat Palestin malah tinggal
dalam kalangan penduduk Palestin. - Media dinasihati untuk tidak melayan mana-mana figura dalam
kalangan penduduk haram Israel dan tokoh Zionis. Selain itu,
media juga dinasihatkan untuk mengelakkan siaran langsung
sidang akhbar tokoh-tokoh yang menyokong dasar pendudukan
haram Israel. Para wartawan dan editor juga boleh memainkan
peranan masing-masing dalam membincangkan isu ini di dalam
program dan berita mereka bergantung kepada polisi editorial
setiap institusi media. - Media dinasihatkan untuk memberi perhatian yang khusus
terhadap kandungan, terma dan perkataan yang digunakan
dalam tulisan yang diterbitkan. Tulisan dan berita yang dihasilkan
perlulah disemak semula bagi mengelakkan unsur berat sebelah
dan wujudnya pengaruh propaganda penjajahan Israel. Perlulah
dibincangkan dengan piawai yang profesional termasuklah
(tetapi tidak hanya terhad kepada) penerangan dan definisi terma
tertentu yang digunakan. - Membuat liputan media tentang kempen memboikot negara
penjajahan Israel yang dianjurkan secara global, dan juga cara
kempen perlu diperjelas dengan baik. Dengan ini, masyarakat
awam boleh turut serta menjayakan kempen tersebut dan hasil
kempen boikot boleh dicapai.
Dünya Genelinde Filistin Meselesine Yönelik Söylemler Üzerine Medya Politikaları (1)
Setelah mengambil kira beberapa perkara seperti yang telah dibincangkan, berikut ialah cadangan untuk menambah baik perbincangan mengenai hal Palestin yang perlu diberi perhatian dalam piawaian polisi media:
- Media boleh menghasilkan bahan dalam laporan dengan
menggunakan pelbagai cara yang sesuai kepada seluruh masyarakat
dunia. Media boleh menghasilkan bahan yang merangkumi
pelbagai format; gambar, lukisan, karikatur, muzik, lagu-lagu
berkenaan Palestin dalam pelbagai bahasa. Cara ini penting untuk
memenangi hati dan fikiran orang ramai tentang budaya, agama,
etnik, suasana dan sejarah rantau ini. Cara ini juga sebenarnya
sangat penting untuk memenangi hati golongan elit politik, sosial,
dan para intelektual media yang wujud untuk mempengaruhi
sesebuah komuniti. - Selain itu, media boleh menyertai mana-mana festival media
antarabangsa dan menyelitkan hal mengenai Palestin sebagai salah
satu kandungan. Selain itu, media juga boleh menekankan sisi lain
masyarakat Palestin seperti bakat dan kebolehan rakyat Palestin
dalam pelbagai bidang. Ia juga perlu disusuli dengan inisiatif lain
seperti projek dan program berkenaan Palestin selain memastikan
kandungan yang dipersembahkan kepada khalayak tidak
bercanggah dan prinsip kebebasan bersuara atas nama keadilan. - Media patut mengutamakan nilai-nilai kemanusiaan global dalam
setiap wacana yang dibahaskan dan menjadikannya agenda utama
untuk dibincangkan oleh media-media di dunia. Selain itu, media
boleh memperjuangkan hak Palestin untuk melibatkan diri dalam
acara penting dunia seperti sukan antarabangsa atau mana-mana
festival keseniaan. - Selain itu, hubungan yang baik antara wartawan Palestin dan
organisasi media patut dipergiatkan. Jika hubungan komunikasi
dan kerjasama lebih erat, maka liputan dan hal tentang Palestin
akan lebih mudah untuk diutarakan dalam media arus perdana
peringkat global. - Mengetengahkan isu Palestin pada hari sambutan yang khusus
atau berkala seperti pada tarikh memperingati peristiwa Nakba,
Hari Tahanan, atau apa-apa perkara khusus yang lain seperti yang
berkaitan tentang ibu, wanita, kanak-kanak, isu kebebasan bersuara,
memperjuangkan hak mereka yang tidak bersalah, isu alam sekitar
dan sebagainya. Hal ini akan dapat menonjolkan bahawa hal
Palestin turut relevan dalam semua keadaan. - Maklumat yang jelas perlulah disalurkan kepada orang awam
yang tinggal di luar Palestin agar masyarakat dunia memahami
masalah yang dialami mereka. Bagi mengelakkan maklumat yang
bercanggah tentang punca masalah yang berlaku, media boleh
mengaitkan beberapa isu dengan latar belakang dan sejarah di
Palestin untuk membantu mereka lebih memahami isu ini dengan
lebih baik. - Perhatian yang penting juga perlu diberikan dalam usaha
menyangkal propaganda yang mengelirukan dalam laporan media
antarabangsa. Usaha ini dilihat penting dalam memerangi kempen
penyelewengan dan hasutan mulut ke mulut oleh beberapa pihak
yang mempunyai kepentingan tertentu.
Polisi media dalam wacana glob- al mengenai Palestin (2)
Dalam usaha untuk membawa sebuah wacana tentang Palestin ke peringkat global, perhatian yang khusus perlu diberikan kepada kandungan perbincangan dalam dimensi antarabangsa sebagai tambahan kepada beberapa perkara yang turut dibahaskan:
- Perpaduan antara masyarakat Islam, Kristian dan Yahudi Palestin
dalam menolak penjajahan dan komitmen mereka terhadap hak
kebangsaan. - Perjuangan dan penentangan rakyat Palestin adalah semata-mata
untuk menolak penjajahan dan bukanlah berkaitan perbezaan
agama atau kebencian kepada etnik tertentu. Tambahan pula,
umum mengetahui konsep membenci Yahudi yang dikenali
sebagai antisemitik, tidak sama sekali mewakili masyarakat
Palestin. Kondep ini malah sangat asing dan berbeza dengan
sejarah orang Arab dan Muslim yang dari dahulu menghormati
kewujudan orang Yahudi dan rumah ibadah mereka untuk hidup
bersama-sama. - Sebarang kenyataan politik yang dikeluarkan berkenaan rakyat
Palestin haruslah berdasarkan kepada prinsip keadilan yang tidak
mungkin dapat dicapai tanpa berakhirnya penjajahan dan hak
kewarganegaraan Palestin yang tidak dikembalikan. - Fokus pada sifat rasis di negara penjajahan yang dikategorikan
sebagai model aparteid termasuklah:
* Pembinaan tembok untuk memisahkan kaum di Tebing Barat.
* Merampas kawasan Tebing Barat dan Baitul Maqdis dengan
cara mereka alasan palsu demi menghalau penduduk Palestin
dari bandar ke kawasan kampung.
* Memberi kebenaran kepada peneroka haram untuk masuk ke
tanah dan kawasan milik orang Palestin.
* Meluluskan undang-undang diskriminasi.
* Mengamalkan diskriminasi institusi terhadap rakyat Palestin. - Tonjolkan kumpulan sosial dalam masyarakat Palestin yang
pelbagai seperti wanita, orang tua, kanak-kanak, orang kurang
upaya, tidak ketinggalan juga golongan pakar dan profesional. Perlu
juga menonjolkan pola hidup masyarakat Palestin yang terseksa
untuk tinggal di bawah polisi Israel. Ini akan menyemarakkan lagi
perasaan empati dan memperkuat perpaduan bukan sahaja di
Palestin malah seluruh masyarakat dunia. - Media boleh membongkar bentuk-bentuk pelanggaran hak
asasi manusia oleh penjajah Israel terhadap masyarakat Palestin.
Perkara ini memerlukan dakwaan di mahkamah antarabangsa
untuk mencapai keadilan. Selain itu, ini juga sangat penting untuk
memberikan tumpuan kepada penyebaran maklumat, serta bahan
laporan media yang relevan. - Media perlu menegaskan tanggungjawab masyarakat
antarabangsa terhadap rakyat dan perjuangan Palestin. Perlu
juga mengetengahkan fakta penglibatan Inggeris (dan beberapa
negara barat lain) dalam timbulnya isu dan penderitaan rakyat
Palestin di seluruh dunia. Selain itu, penting untuk menekankan
mengenai sokongan kewangan dan moral berterusan yang
ditawarkan oleh Amerika Syarikat dan Eropah kepada penjajahan
Israel, yang secara langsung dan tidak langsung menjadi punca
penderitaan rakyat Palestin. - Mengelakkan kaedah wacana mobilisasi yang tidak sesuai, yang
mungkin disalah anggap sebagai hasutan kepada keganasan.
Penting untuk diingat bahawa setiap khalayak memerlukan
wacana yang berbeza; apa yang sesuai dengan khalayak Muslim
tidak semestinya sesuai dengan komuniti bukan Muslim, dan apa
yang sesuai dengan golongan intelektual mungkin tidak sesuai
dengan golongan lain.
Polisi media dalam memberi sokongan kepada Palestin melalui media digital
Dasar dan polisi umum kandungan media terhadap hal Palestin adalah konsisten seperti yang telah dinyatakan di dalam garis panduan ini. Namun, revolusi pembangunan teknologi dan digital perlu diambil kira cara yang paling berkesan untuk memenangi hati orang ramai. Berikut adalah beberapa polisi yang boleh dipatuhi semasa melaporkan hal Palestin secara digital:
- Memastikan pengeluaran atau penerbitan media mengenai hal
Palestin bersesuaian untuk diterbitkan di laman web dan rangkaian
media sosial yang lain. Halaman, dan medium yang sesuai juga
harus dibuat dengan mempertimbangkan kemudahan akses dan
penyebaran yang lebih luas. - Perlu untuk memahami ciri-ciri platform digital dan media sosial.
Hal ini kerana, kandungan yang sesuai untuk sesuatu media sosial
mungkin tidak sesuai untuk platform yang lain memandangkan
setiap saluran mempunyai pengguna yang perlu dicapai dengan
kaedah tertentu. - Perlu untuk memahami garis panduan sesuatu platform bagi
memastikan akaun tidak disekat atau dibuang kerana melanggar
beberapa peraturan dan polisi platform media tersebut. Selain
itu, penting juga untuk mengambil kira sebarang tapisan yang
dikenakan sebelum berkongsi maklumat mengenai Palestin. - Promosi dan iklan berbayar juga merupakan kaedah yang
berkesan bagi menjangkau pengguna tertentu, memperluas
dan mengekalkan pengguna yang sedia ada. Ini memerlukan
pemahaman yang mendalam tentang emosi, budaya, gaya hidup,
dan minat pengguna tempatan termasuklah minat penyokong
perjuangan Palestin. Terutamanya penggunaan analitik dan data
kajian tentang keterlibatan pengguna terhadap perjuangan
Palestin ialah kaedah yang perlu dan berkesan untuk memetakan
disposisi masyarakat secara global terhadap isu ini.
Polisi media mengenai kandungan dan format media
Garis panduan ini mencadangkan organisasi media perlu mengambil kira polisi yang berkait dengan kandungan dan format media semasa melaporkan hal berkaitan Palestin:
- Memapar dan menekankan penderitaan yang dihadapi rakyat
Palestin sebagai tindakan penentangan dan mempertahankan diri. - Memberi fokus dalam membongkar keganasan dan kekejaman
penjajahan Israel terhadap rakyat Palestin terutama semasa
perang dan pertempuran bersenjata. Penyampaian berita
walaubagaimanapun haruslah mengambil kira sensitiviti khalayak
agar tidak memberi kesan negatif terhadap psikologi mereka. - Sangat penting untuk media melaporkan tentang masyarakat
Palestin daripada aspek yang pelbagai; politik, sosial, intelektual,
budaya dan sisi kemanusiaan. - Memperkukuh cara untuk menyiasat kes-kes sensitif berkaitan
jenayah bagi mendedahkan jenayah yang dilakukan oleh
penjajahan Israel. - Media perlu mempelbagaikan penerbitan dan format dalam
menyampaikan berita dan cerita kemanusiaan seperti; buletin,
dokumentari, filem pendek, op-ed, artikel pendapat, kolum dan
akhbar. - Kekal terbuka kepada masyarakat Palestin, intitusi antarabangsa,
persatuan, dan parti – dan mengesyorkan intitusi media mereka
untuk mengutarakan perjuangan masyarakat Palestin berdasarkan
prinsip dan hak nasional. - Atas dasar perpaduan menentang penjajahan Israel, sangat
penting untuk menghormati perbezaan pendapat yang wujud
dalam masyarakat Palestin dan parti politik dalam menghadapi
penjajahan. Elakkan daripada menunding jari atau menuduh
mana-mana badan, parti atau individu sebagai pengkhianat. - Mewujudkan kembali idea bahawa rakyat Palestin adalah sebuah
unit yang bersatu padu. Selain itu media juga diingatkan untuk
memastikan keseimbangan dalam melaporkan mengenai rakyat di
dalam dan luar Palestin (Palestin, kawasan pelarian dan diaspora). - Meneruskan laporan dan menerbitkan perkembangan yang
berlaku di Palestin menerusi gambar dan rakaman video. Bahan
yang diterbitkan ini perlulah mempunyai mesej yang kuat seperti
insiden protes, penangkapan dan jenayah yang dilakukan. Visual
seperti ini akan membuatkan penonton lebih memahami sesuatu
isu tanpa memerlukan penjelasan yang terperinci.
Polisi media tentang wacana media secara global semasa perang dan tunjuk perasaan
Garis panduan ini mencadangkan polisi media terhadap perbincangan dan kandungan global yang menggambarkan realiti warga Palestin yang hidup di bawah tekanan perang dan pendudukan haram Israel:
- Memberi fokus kepada isu kemanusiaan dan kisah yang terjadi
kesan daripada serangan yang dilakukan terhadap penduduk
Palestin dengan bahasa yang boleh menyentuh hati dan emosi.
Selain menyatakan bilangan mereka yang mati syahid, cedera
dan jumlah tahanan, media juga boleh meyatakan nama dan
latarbelakang mereka, termasuklah menceritakan tentang ahli
keluarga dan anak-anak mereka. - Disarankan juga untuk menggunakan visual seperti reka
bentuk grafik, ilustrasi dan infografik yang menggambarkan
perkembangan sebenar yang berlaku sekali gus menjadikan
maklumat berkenaan lebih mudah difahami dan disebarkan. - Memastikan berita yang diperoleh adalah daripada sumber yang
boleh dipercayai dan melalui naratif Palestin. Jangan sebarangan
mempercayai dan mengambil sumber berita daripada tentera
penjajahan Israel kecuali selepas dikaji dengan teliti. Selain itu,
media disarankan untuk menyediakan ruang khas dalam platform
media untuk isu-isu Palestin seperti muka hadapan akhbar, muka
hadapan laman sesawang, tweet di laman media sosial. - Fokus kepada segala bentuk kerugian dan kerosakan yang terjadi
akibat peperangan dan serangan terhadap rakyat Palestin. Media
boleh menunjukkan realiti kehidupan masyarakat Palestin yang
serba kekurangan dan bekalan keperluan asas yang terjejas akibat
daripada keganasan Israel. - Media perlu menunjukkan penentangan Palestin ialah langkah
untuk mempertahankan diri yang mana mereka sedang berhadapan dengan isu penghapusan dan pembunuhan beramai- ramai di bawah jajahan Israel. Penentangan yang dilakukan oleh masyarakat Palestin tidak pernah bermaksud untuk menggalakkan peperangan malah mereka sangat berharap agar ia dihentikan. - Media boleh menonjolkan segala kelebihan dan kekuatan tentera Israel seperti memiliki peluru berpandu, pesawat, bom yang boleh menyebabkan kerosakan. Berita ini boleh disokong dengan gambar dan bahan media yang sesuai. Selain itu, jangan terlalu menonjolkan keupayaan penentangan dan potensi rakyat Palestin sebaliknya memaparkan cerita heroik mereka dalam mempertahankan diri.
- Kaitkan berita senjata moden dan pesawat barat yang digunakan
oleh pasukan penjajah Israel semasa peperangan dengan sokongan dan bantuan senjata Amerika. - Menggunakan istilah tertentu dalam menunjukkan betapa kejamnya Israel seperti melabelkan pengeboman dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Israel sebagai tindakan pengganas dan tidak berperkemanusiaan.
- Media boleh berkongsi berita yang ada di laman sosial mengikut
kepada beberapa polisi yang telah digariskan atau menggunakan
hashtag yang serupa untuk menyebarkan maklumat tentang
pencerobohan Israel.