- foto muka depan
- Isi Kandungan
- Buku Panduan Polisi Media Mengenai Tahanan Palestin
- Kerangka media dan polisi kandungan
- Meningkatkan kualiti liputan media pada tarikh penting
- Polisi media mengenai liputan mogok lapar
- Menggunakan dimensi media dan memberi perhatian khusus kepada tahanan
- Liputan tentang tahanan Palestin daripada perspektif undang
- Polisi sumber berita dan akses maklumat
- Panduan berurusan dengan sumber berita Israel
- Menilai penggunaan istilah dan ungkapan media
- Polisi media mengenai produksi visual berkaitan tahanan
- Membuat liputan dan melancarkan kempen secara aktif
- Penjelasan
Isi Kandungan
Kerangka media dan polisi kandungan mengenai isu tahanan
Meningkatkan kualiti liputan media pada hari atau tarikh penting
Polisi media mengenai liputan mogok lapar tahanan
Menggunakan dimensi media dan memberi perhatian khusus kepada tahanan dari pelbagai sudut
Liputan tentang tahanan Palestin daripada perspektif undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan
Polisi sumber berita dan akses maklumat mengenai tahanan
Panduan berurusan dengan sumber berita Israel mengenai isu tahanan
Menilai penggunaan istilah dan ungkapan media semasa membuat liputan berita mengenai tahanan
Polisi media mengenai produksi visual berkaitan tahanan
Membuat liputan dan melancarkan kempen secara aktif untuk menyokong tahanan
Buku Panduan Polisi Media Mengenai Tahanan Palestin
Buku panduan untuk profesional media, wartawan dan institusi media dalam liputan mengenai tahanan Palestin di penjara penjajahan Israel
Kerangka media dan polisi kandungan mengenai isu tahanan
Panduan berikut merupakan cara pelaksanaan dan kaedah yang terbaik untuk kerangka media dalam membuat liputan mengenai tahanan Palestin. Sebahagian besar polisi akan disertakan secara berasingan di halaman seterusnya. Antara yang paling penting ialah:
- Media perlu memberi perhatian khusus kepada isu tahanan Palestin,
dan mewujudkan ruang yang cukup untuk disampaikan kepada
awam melalui pelbagai medium dan platform termasuklah media
tradisional, digital, dan sosial. Media juga perlu mempromosikan
isu ini secara berterusan dan mengadakan siaran khas bagi
menyiarkan isu tahanan Palestin seluas-luasnya, tanpa disekat
dan dibuang. Nasib tahanan Palestin perlu disampaikan kepada
masyarakat antarabangsa dengan cara yang tertentu mengikut
kesesuaian bahasa, serta mengambil kira budaya setiap khalayak. - Media perlu membincangkan isu tahanan Palestin dari sudut
kemanusiaan, memandangkan isu kemanusiaan ialah titik fokus
bagi perjuangan Palestin dan ia merupakan perbincangan yang
sangat relevan. Realiti kemanusiaan dalam isu ini tidak boleh
mengambil angka dan statistik, atau simbol-simbol yang biasa
tanpa menyentuh keadaan dan perkembangan semasa tahanan
dengan tepat. Selain itu, dalam membuat liputan mengenai
perjuangan tahanan harus tidak terkesan dengan pemadaman
berita oleh penjajahan Israel yang bertujuan untuk menyekat
kebebasan bersuara. Ini memerlukan senarai keutamaan
pembingkaian isu seperti menggambarkan penderitaan tahanan,
pengorbanan, hak, perasaan, persekitaran, dan keluarga tahanan.
Media juga perlu menonjolkan pengalaman bekas tahanan yang
dianggap saksi kepada realiti ketika di dalam tahanan yang tidak
dapat dilihat oleh orang lain. Saksi-saksi ini ialah wakil de-facto dan
jurucakap perjuangan Palestin. - Patuhi kaedah pengesahan dan penjelasan ketika berurusan
dengan «sumber berita dan maklumat» mengenai tahanan Palestin.
Perlu juga memberi perhatian kepada ketepatan maklumat, dan
kepentingan untuk mendokumentasikannya. Ini sangat penting
kerana pendudukan haram Israel berada di belakang insiden
penangkapan dan penahanan, yang mana mereka mengawal
keadaan dan aliran maklumat. - Membuat liputan isu-isu tahanan berdasarkan peluang, dan
kepakaran organisasi media; tonjolkan mereka secara rata atau
tidak berat sebelah. Ini untuk menyampaikan isu di pelbagai
arena dengan lebih baik, di samping terlibat dalam aktiviti seperti
politik, budaya, kesusasteraan, seni, dan lain-lain. Media perlu
melibatkan khalayak yang pelbagai dengan menyampaikan
dalam bahasa mereka dan juga mengambil kira budaya setempat.
Selain itu, ahli media harus berusaha untuk memastikan khalayak
terus mengetahui keadaan tahanan dengan mengekalkan
urutan kumulatif maklumat yang diperoleh iaitu memaparkan
perkembangan yang relevan, walaupun Israel sentiasa berusaha
memadamkan kandungan media pro Palestin. - Meningkatkan dan memperkasakan peranan media dan akhbar
dalam mendapatkan pernyataan yang memberi penjelasan
mengenai tahanan Palestin. Hal ini demikian, wartawan dan pihak
berita mendapat peluang untuk mengajukan soalan kepada
pegawai, tokoh masyarakat, dan wakil negara dan organisasi
mengenai topik yang berkaitan tahanan melalui petikan atau
komen atau menerimanya sebagai jemputan di program
televisyen seperti meminta mereka untuk menyatakan pendapat
dan pendirian mereka. - Berdepan dengan polisi pemadaman berita oleh Israel dengan
memanfaatkan sepenuhnya sumber berita yang dapat merungkai
keadaan tahanan Palestin. Sudah tentu, topik ini merangkumi
sebilangan besar maklumat yang sesuai untuk kandungan berita.
Ini termasuk perincian dan kisah penahanan dan pemenjaraan
warganegara, serta sejauh mana kerosakan sosial dan penderitaan
yang menimpa mereka dan keluarga semasa mereka dipenjarakan.
Pakej maklumat dan berita yang digunakan untuk ini harus
menggunakan kaedah penceritaan yang dinamik, gambar, ilustrasi,
dan video yang menarik, dan tidak boleh bergantung pada data
berangka semata-mata. Elemen kemanusiaan inilah yang menjadi
pemangkin kepada pendapat umum yang kuat untuk menyokong
isu tersebut. - Gunakan proses dan corak yang berlainan untuk mengemukakan
masalah tahanan, yang seharusnya tidak ditangani dengan
hanya menggunakan satu format media, seperti laporan berita,
penyiasatan, wawancara, cerita, artikel pendapat, bahan visual,
infografik, laporan, komik, dan sebagainya. Antara bentuk
penyampaian yang penting digunakan bagi mencapai tujuan
secara maksimum ialah dengan cara pelaporan penjelasan dan
pelaporan yang berfokus pada solusi, yang berusaha untuk
mengatasi masalah yang dihadapi oleh tahanan dan keluarga
mereka. Selain itu, penting juga dilaporkan dalam bentuk
pelaporan penyiasatan dan dokumentari (penceritaan) untuk
menyiasat dan mendedahkan fakta, perincian dan dimensi yang
cuba disembunyikan oleh pendudukan Israel iaitu keganasan
yang mereka lakukan terhadap tahanan secara berterusan. Secara
keseluruhan, corak dan kaedah ini penting untuk melibatkan
media dan pendapat umum dengan isu tersebut. - Tangani masalah tahanan secara tidak langsung, apabila perlu.
Harus ada cara yang pelbagai untuk media menangani masalah
tahanan; secara jelas atau tersirat. Ini dapat dicapai sebagai contoh
dengan cara menggabungkan masalah tersebut ke dalam item
berita dan kegiatan media, walaupun mereka tidak berkaitan
langsung dengan isu tahanan; seperti produksi sastera, filem, seni
dan novel, dan juga dengan cara memberi penerangan tentang
«sastera penjara». Ini termasuk memperkenalkan karya sastera dan
pencapaian artistik oleh tahanan, atau menceritakan kisah mereka;
kesemuanya akan menyumbang untuk menarik khalayak dan
menonjolkan isu kemanusiaan secara berkesan dan simbolisme
kewujudan dan identiti tahanan. - Memberi perhatian kepada konteks masalah, dan sertakan informasi
latar belakang yang relevan mengenai peristiwa, perkembangan,
dan hal-hal yang berkaitan dengan masalah tahanan untuk
membantu khalayak sasaran memahami dan menyelami keadaan
mereka dengan lebih baik. Penting juga untuk beringat bahawa
penjajahan Israel sering menggambarkan kempen penangkapan
besar-besaran terhadap rakyat Palestin adalah sebagai reaksi
terhadap operasi penentangan sambil mengabaikan kenyataan
bahawa penentangan Palestin ialah tindak balas yang normal
terhadap penjajahan, pencerobohan, dan kekejamannya. - Elakkan pendekatan media yang biasa untuk menangani masalah
ini, sebaliknya menggunakan cara terkini dengan mengemukakan
perincian emosi kes penahanan. Hal ini kerana, ahli media dan
wartawan telah terbiasa melaporkan tentang penahanan dan
banduan yang menjadikan pembaca atau khalayak lebih berminat
dengan topik lain. Untuk melaporkan secara menarik, media perlu
memahami dan mendiagnosis pertanyaan baru mengenai tahanan
Palestin dan menguraikan perinciannya menjadi serangkaian topik
yang dapat diajukan, difokuskan, dan didekati dari berbagai sudut
– secara kewartawanan, politik, undang-undang, dan masyarakat.
Untuk mencapainya, penting untuk menggunakan corak berita
yang berbeza, tidak perlu mengikut corak yang telah ditetapkan
agar masalah tahanan tidak lagi menjadi topik liputan biasa. Ini
termasuk juga dalam menghasilkan kandungan berita daripada
pelbagai sudut dan pelbagai bentuk media canggih dan terkini.
Perkara penting lain bagi media adalah untuk tidak terlepas berita
kumulatif mengenai isu tahanan atau menjadikannya sebagai
manifestasi minat bermusim. - Seimbangkan liputan mengenai isu tentera Israel yang ditahan
berbanding dengan persoalan tahanan Palestin, menyatakan
bahawa ribuan orang Palestin yang ditahan di penjara Israel
adalah tidak sama dengan seorang tentera Israel yang ditahan
oleh penentangan Palestin. Oleh itu, penting untuk mengaitkan
antara isu penderitaan tahanan Palestin dan tentera Israel, sambil
menerbitkan cerita yang ditulis oleh tahanan penentangan Palestin
mengenai penderitaan mereka yang berterusan, dan ketika
penjajah mengebom dan membunuh orang yang tidak bersalah.
Meningkatkan kualiti liputan media pada tarikh penting atau peristiwa berkala
- Perlu untuk mengekalkan fokus media yang berterusan terhadap
isu tahanan dengan memperbaharui dan mempelbagaikan corak
media dan berita yang digunakan dalam liputan. Ini bertujuan
untuk memenuhi kebutuhan khalayak sasaran untuk mengetahui
apa yang terjadi di sebalik tabir pemadaman berita dan tembok
penjara Israel. Lebih-lebih lagi, perlu untuk terus menarik minat
dan pendapat umum mengenai isu ini. - Perbaharui perhatian media terhadap isu tersebut berikutan
perkembangan dan peningkatan dengan memastikan isu tersebut
relevan dan terus hidup di media walaupun satu isu terhenti
(contohnya, mogok lapar yang dilaksanakan oleh tahanan). Juga
penting untuk memberi liputan mengenai penglibatan orang
awam dengan isu tersebut agar mendapat momentum baru dan
mengelakkan sikap tidak peduli. Berikutan aktiviti pro-tahanan
Palestin yang semakin berkurang, wartawan dan profesional media
boleh memulai menceritakan kisah, perincian, atau maklumat
yang berkaitan mengenai tahanan. Ketika fokus pada fakta dan
pengembangan peristiwa tahanan semasa ditahan, keutamaan
liputan media, setelah peristiwa ini mereda, harus diarahkan pada
sudut, latar belakang, perincian, dan cerita yang relevan. - Media perlu bersedia untuk membuat liputan pada hari
sambutan yang khusus atau berkala atau pada tarikh penting.
Ini harus dilihat kepada bidang liputan dan keutamaan yang
diberikan oleh editorial untuk melaporkan berita yang relevan. - Bagi memahami isu tahanan, penting untuk mempertimbangkan
keadaan dan perkembangan Palestin seperti tindakan protes,
mogok, keadaan pada waktu kritikal, serta peristiwa berkala.
Media perlu memberi perhatian kepada aspek kemanusiaan
dan sosial pada hari dan musim khas di mana terdapat tumpuan
media global yang semakin meningkat mengenai isu ini.
Contohnya dengan mengguna pakai Hari Tawanan Palestin,
yang diperingati setiap tahun pada 17 April, sebagai kesempatan
untuk mengetengahkan isu ini. Bagi membangkitkan isu
yang memberi tumpuan kepada tahanan wanita, isteri, ibu dan kanak-kanak, Hari Wanita Antarabangsa dan Hari Kanak- kanak Sedunia perlu dimanfaatkan sebagai kesempatan untuk mengetengahkan tentang isu tahanan golongan tersebut. - Semasa pertukaran tahanan, media perlu membawa isu tahanan
Palestin pada umum supaya menjadi tumpuan utama. Ini
dapat dicapai dengan menumpukan pada fakta bahawa setiap
perjanjian pertukaran dengan penjajahan Israel merupakan
pencapaian nasional bagi rakyat Palestin yang dibuat oleh pihak
penentangan Palestin. Oleh itu, media perlu menampilkan para
tahanan yang dibebaskan dalam perjanjian ini sebagai ikon
nasional, yang menghasilkan cerita tentang perjuangan mereka,
pengalaman kemanusiaan, ketahanan, dan ketabahan. Penting
untuk menghubungkan lagi perjanjian pertukaran Palestin
dengan naratif serupa di seluruh dunia yang mencapai hak
untuk penduduk yang dijajah.
Polisi media mengenai liputan mogok lapar tahanan
Isu mogok lapar tahanan Palestin memerlukan strategi media yang sesuai dalam membuat liputan, memandangkan tindakan mogok merupakan isu penting. «Gerakan Tawanan Palestin» sering mendapat perhatian media Israel untuk digunakan dengan memanipulasi keluarga tahanan, dan menyebarkan khabar angin dan berita palsu untuk melemahkan solidariti di luar penjara. Liputan perlu dalam konteks perkembangan tahanan yang berterusan, sebagai contoh; kesejahteraan dan kesihatan beberapa tahanan mogok lapar, atau keadaan tertentu yang menyebabkan kematian seorang tahanan. Antara perkara yang perlu dipertimbangkan ketika membuat liputan mogok lapar di
penjara Israel adalah seperti berikut:
- Mengambil langkah-langkah yang berterusan untuk bersolidariti
dengan tahanan dan menarik perhatian global terhadap isu dan
keadaan mereka akibat kekejaman Israel. - Menekankan tujuan gerakan mogok lapar tahanan dilaksanakan
dan membuat perbandingan antara tuntutan dan hak mereka,
seperti yang termaktub dalam undang-undang antarabangsa. - Membincangkan berbagai bentuk pelanggaran terhadap
tahanan Palestin di penjara Israel dan sebab-sebab yang mungkin
mendorong mereka melaksanakan mogok lapar, seperti serangan
malam secara mengejut di sel, dan bilik pengasingan, atau
kehilangan hak lawatan. - Penting untuk berdepan dan melawan agenda propaganda yang
palsu yang disebarkan oleh sumber Israel dengan tujuan yang
jelas untuk merosakkan semangat tahanan, keluarga mereka atau
mempengaruhi solidariti dan kempen yang dianjurkan untuk
menyokong tahanan. - Membincangkan dan menyebarkan sejarah mogok lapar yang
dilakukan oleh gerakan tahanan Palestin, membuat perbandingan
antara mereka dan mogok lapar antarabangsa yang lain, dan
mengetengahkannya sebagai kaedah perjuangan menentang
penjajahan dan sebagai hak bagi tahanan Palestin.
Menggunakan dimensi media dan memberi perhatian khusus kepada tahanan dari pelbagai sudut
Isu tahanan perlu dibincangkan daripada pelbagai aspek memandangkan tahanan terdiri daripada pelbagai peringkat umur, pekerjaan yang berbeza dan berasal dari kawasan yang berlainan di seluruh wilayah Palestin yang dijajah. Atas sebab ini, liputan perlu disampaikan secara variasi daripada pelbagai
dimensi masalah. Berikut merupakan dimensi yang penting untuk
ditekankan:
- Pendedahan tentang penangkapan dan penahanan remaja dan
kanak-kanak bawah umur oleh penjajahan Israel - Penahanan anggota parlimen Palestin yang dipilih secara
demokratik melalui pilihanraya. - Kempen penangkapan di Baitul Maqdis yang diduduki dan status
istimewa tahanan Baitul Maqdis, yang terdedah dengan tekanan
dan cubaan mengusir mereka dari kota. - Penahanan dan pemenjaraan ibu-ibu dengan anak-anaknya
yang masih kecil di penjara Israel, dan kes wanita hamil terpaksa
melahirkan dalam penjara dengan keadaan penjara yang teruk. - Polisi perubatan dan rawatan kepada tahanan yang gagal dipatuhi
oleh penjajahan Israel, dan pengabaian sistem perubatan termasuk
doktor dan jururawat. - Penahanan para saintis, ahli akademik, dan sarjana, dan pentingnya
untuk merungkai penderitaan mereka semasa mereka berada
dalam kurungan dan juga setelah mereka dibebaskan. - Penahanan orang tua dan orang sakit serta penderitaan mereka
di dalam penjara, di mana mereka tidak diberi perkhidmatan dan
keperluan asas. - Penahanan pentadbiran warga negara tanpa perbicaraan atau
dakwaan. - Penyeksaan tahanan di penjara Israel dan kesan penderaan fizikal.
Liputan tentang tahanan Palestin daripada perspektif undang- undang antarabangsa dan kemanusiaan
- Langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa penjajahan Israel
berkaitan dengan penahanan dan hukuman terhadap rakyat Palestin
telah melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa, yang
merangkumi beberapa perjanjian dan deklarasi antarabangsa, terutama
Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948, empat Konvensi Geneva
1949 dan lain-lain. - Tahanan di penjara Israel dianggap «tawanan perang» daripada perspektif undang-undang antarabangsa, dan penjajahan telah berusaha selama bertahun-tahun agar mereka ditunjuk sebagai «tahanan keamanan» untuk menghindari tanggungjawab dan kewajibannya [sebagai kuasa penjajah] terhadap mereka dan untuk menyekat usaha antarabangsa bagi mengklasifikasikan pelanggarannya terhadap tahanan sebagai jenayah perang.
- Media perlu memberi perhatian khusus kepada hak tahanan Palestin dan
hak kemanusiaan yang paling penting, tetapi diabaikan oleh penjajah
Israel. Hak-hak yang dilanggar Israel adalah seperti berikut:Hak maruah dan kebebasan
manusiaHak untuk melakukan ritual
keagamaan dan bermain sukan di
tempat yang diperuntukkan untuk
tujuan iniHak untuk melindungi daripada penyiksaan Hak untuk dibebaskan setelah
menyelesaikan hukuman penjara
merekaHak tahanan untuk dibela, menerima bantuan undang- undang dan guaman daripada peguam dan dimaklum mengenai
sebarang tuduhan yang dikenakan terhadap mereka.Hak untuk mendapatkan
kebebasan sebagai sebahagian
daripada perjanjian antara Palestin dan IsraelHak untuk perbicaraan yang adil dan berdiri di hadapan mahkamah undang-undang yang dibentuk secara sah. Hak untuk pulang dan tidak
diasingkan setelah dibebaskanHak untuk menjalani hukuman
penjara di wilayah yang dijajah
dan bukan di dalam Israel.Hak untuk mendapat akses
kepada keperluan dan peruntukan
kewanganHak untuk diet yang sihat Hak untuk menyimpan barang
peribadi tanpa penyitaanHak untuk diet yang sihat Hak untuk tidak terdedah kepada
serangan di sel mereka, serangan
fizikal atau gas pemedih mataHak untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dan sekolah menengah Hak untuk tidak terdedah kepada
pencarian jalurHak untuk menerima pakaian baru dua kali setahun Silwan neighbourhood,
Holy JerusalemHak untuk mendapatkan rawatan perubatan yang tepat dan pemeriksaan berkala Hak para syuhada yang ditahan
dikembalikan kepada keluarga
mereka untuk pengebumian yang
bersesuaian mengikut agama dan
tradisi mereka.Hak untuk melakukan mogok
lapar untuk mendesak tuntutanHak untuk tidak dikurung atau
diasingkan dengan penjenayahHak untuk keselamatan dan
privasiHak untuk menerima lawatan
berkala dua kali sebulanHak untuk bertemu dengan
ahli keluarga sekiranya mereka
ditahan di tempat yang samaHak untuk meluangkan masa
setiap hari di pekarangan penjara
untuk mendapatkan udara segarHak untuk menyediakan makanan
Polisi sumber berita dan akses maklumat mengenai tahanan
Media perlu bergantung kepada pelbagai sumber yang dapat dipercayai, mendalam dan luas dengan berbagai cara untuk mendekati dan membuat liputan mengenai isu tahanan. Di sini, kami memaparkan beberapa faktor penentu bagaimana untuk memilih sumber berita:
- Bergantung kepada maklumat dari organisasi media khusus, yang
terkenal dengan integriti dan kecekapan profesional mereka,
serta kepercayaan mereka terhadap keadilan dan hak Palestin.
Selain itu, bergantung kepada sumber yang boleh dipercayai
dari halaman media sosial yang terkenal, dengan menggunakan
kaedah pemeriksaan fakta, penjelasan dan pengesahan digunakan
semasa berurusan dengan maklumat daripada halaman ini. - Menerima pakai maklumat mengenai isu tahanan dari badan,
organisasi, dan jawatankuasa antarabangsa, dengan syarat
mereka bekerja secara bebas dan bebas dari pengaruh politik.
Sebagai contoh, mengambil maklumat daripada hasil mesyuarat
antarabangsa berkala, contohnya, oleh Majlis Hak Asasi Manusia
PBB yang berpusat di Geneva. - Bergantung sebanyak mungkin pada sumber maklumat pro
Palestin, dan berusaha untuk berhubung secara langsung
dengan sumber utama, seperti peguam tahanan, keluarga dan
jawatankuasa pertahanan mereka. Media perlu memantau
peristiwa, fakta, perbicaraan, dan pembebasan dari penjara dan
pusat tahanan, dan membuat laporan dari lokasi. - Cuba untuk mengehadkan maklumat dari sumber berita
antarabangsa dan agensi berita tradisional utama mengenai
penculikan, soal siasat, perbicaraan, penahanan, dan lain-lain. - Mendapatkan maklumat mengenai tahanan daripada pihak
berkuasa Palestin dan badan awam yang sah, serta daripada
masyarakat sivil yang aktif di arena Palestin, dan institusi lain yang
berkaitan dengan Palestin. Media juga perlu teliti dalam menilai
reputasi sumber dari segi kredibiliti, kebolehpercayaan, kualiti, dan
kecekapan. - Sumber-sumber lain yang boleh dipercayai termasuk pakar, dan
penyelidik yang berpengalaman dalam isu tahanan, dan terkenal
dengan menjalankan kajian penyelidikan yang relevan, menulis
buku, dan memberikan pernyataan khas mengenai isu ini, dan
lain-lain. Bekas tahanan juga merupakan sumber maklumat utama
dalam hal ini, dan sebilangan daripada mereka dianggap pakar
dalam urusan tahanan. - Mengikuti peristiwa, perkembangan, aktiviti serta masyarakat dan
media terkini yang dilakukan oleh para penyokong hak tahanan
Palestin. Ini termasuk penyokong lain baik di Palestin dan di luar
negara, termasuklah pernyataan sokongan, laporan, petisyen yang
telah dikeluarkan, serta kempen yang dianjur.
Panduan berurusan dengan sumber berita Israel mengenai isu tahanan
Panduan ini mencadangkan satu set polisi media sebagai tambahan kepada wacana dan kandungan media global yang mencerminkan realiti kehidupan Palestin di bawah pencerobohan dan perang Israel. Polisi adalah seperti berikut:
- Secara berkala, pihak berkuasa pendudukan haram Israel danmedia-medianya mengeluarkan laporan berita yang kadang-
kadang merangkumi tuntutan untuk melakukan soal siasatdengan tahanan atau siasatan tertentu mengenai mereka. Untuk
berdepan dengan laporan tersebut ahli media perlu tahu bahawa
fakta mereka tidak boleh menjadi sumber yang boleh dipercayai
dan mungkin mengandungi segmen yang mengelirukan dan juga
terdapat perkara yang tersembunyi. Oleh itu, setiap penerbitan
semula maklumat yang disebutkan dalam laporan tersebut
memerlukan tinjauan editorial yang luas. - Pasukan penjajah Israel mengeluarkan laporan berkala mengenai
kempen mereka, serbuan di kediaman, dan penangkapan di bandar,
kampung, dan kawasan Palestin; menjadikan diri mereka sendiri
sebagai sumber maklumat media mengenai penangkapan dan
insiden harian. Walau bagaimanapun, nama dan nombor daripada
laporan tersebut harus disahkan dengan sumber lain. Seperti yang
dinyatakan sebelum ini, penting untuk mempelbagaikan sumber
berita dan tidak bergantung pada maklumat yang datang daripada
media Israel. - Penting untuk media tidak mengambil bulat-bulat apa sahaja
yang diterbitkan oleh penjajahan Israel tentang tahanan Palestin.
Laporan berita daripada sumber penjajah perlu mengambil
prosedur untuk mengesahkannya, menerjemahkan maklumat
yang relevan dari sumber Ibrani yang pelbagai, atau memeriksa
fakta versi Israel dan penceritaan peristiwa, serta mengambil kira
terminologi yang digunakan. Polisi editorial berita yang tajam
sangat diperlukan untuk menyangkal liputan dan keterangan
daripada sumber Israel. - Untuk memetik kenyataan atau teks dari sumber berita
Israel, beberapa istilah perlu diganti melalui terjemahan atau
penyuntingan. Sebagai contoh, tidak menggunakan ‘pasukan
pertahanan Israel/Israel Defence Forces (IDF)’ sebaliknya
menggunakan ‘pasukan pendudukan haram Israel/Israeli
Occupation Forces (IOF), atau menambahkan informasi deskriptif
di dalam kurungan untuk menghindari menormalkan penggunaan
ungkapan dan istilah ini. Walau bagaimanapun, disarankan untuk
menyampaikan makna umum setiap teks dan mengelakkan
memetik kenyataan mereka.
Menilai penggunaan istilah dan ungkapan media semasa membuat liputan berita mengenai tahanan
- Penting untuk mengelakkan penggunaan nama yang direka oleh
Israel untuk kawasan atau zon Palestin, dan jika perlu, nama asal
boleh diletakkan di sebelah tempat “Israel”. Sebagai contoh, Judea
dan Samaria (Tebing Barat), Samaria (Utara Tebing Barat), dan
tembok keamanan (tembok pemisah atau tembok apartheid). - Berita mengenai isu tahanan Palestin tidak boleh mengandungi
istilah dan ungkapan yang mengelirukan dan tidak beradab
(sepertimana sering dibuat oleh penjajahan Israel dan agensi
propaganda), sebaliknya kata dan frasa alternatif yang menyokong
isu tersebut. Contohnya, frasa seperti ‘tindakan pengganas’,
‘kumpulan pengganas’, ‘penjara keselamatan›, dan ‘pentadbiran
awam’ harus diganti dengan: ‘operasi penentangan’, ‘puak
penentangan’, ‘tahanan’, dan ‘kuasa pendudukan haram’ atau
‘tentera penjajahan’. - Wartawan dan profesional media juga harus menghindari
penggunaan istilah dan ungkapan yang akan menormalkan
sentimen umum terhadap Israel sebagai kekuatan penjajah,
seperti ‘pasukan pertahanan’, ‘pasukan polis’, ‘penangkapan’, dan
‘banduan’, sebaliknya menggunakan alternatif yang tepat seperti
‘pasukan pendudukan haram/penjajahan Israel, ‘polis pendudukan
haram’, ‘penculikan’ atau ‘penahanan’, dan ‘tawanan perang’ atau
‘tahanan’. - Organisasi media dapat memainkan peranan penting ketika
membuat liputan berita yang berkaitan dengan tahanan, dalam
mencari alternatif yang sesuai untuk mengganti kata-kata, dan ayat
tidak sesuai yang digunakan oleh Israel. Alternatif ini juga dapat
digunakan sebagai informasi tambahan atau penjelasan, seperti
dalam kasus ‹penahanan pentadbiran› (penjara tanpa perbicaraan
atau dakwaan).
Polisi media mengenai produksi visual berkaitan tahanan
Kekurangan bahan visual adalah salah satu kesulitan paling menonjol dalam media ketika membuat liputan dan melaporkan berita mengenai tahanan. Hal ini biasanya disebabkan oleh pemadaman berita yang diberlakukan oleh pihak berkuasa pendudukan haram Israel dan juga sekatan terhadap mengambil
gambar tahanan di penjara. Oleh itu, beberapa perkara harus dipertimbangkan ketika melibatkan visual dalam laporan:
- Media perlu berusaha untuk mengesahkan keaslian gambar dan
rakaman tahanan dan mogok lapar di penjara yang diedarkan
oleh penjajahan Israel, dan memastikan bahan tersebut tidak
palsu. Pihak media juga penting untuk memperhatikan kredibiliti
gambar dan video yang disiarkan di laman media sosial, iaitu
sesuai dengan standard pengesahan digital. - Media harus memilih gambar dan rakaman yang tepat dan benar
dengan teliti untuk mencerminkan situasi dan penderitaan
tahanan Palestin di penjara Israel. Perkara yang perlu dipaparkan
perlu terperinci iaitu daripada bukti pelanggaran undang-undang
oleh Israel, dan termasuklah keadaan yang zalim dalam penahanan.
Visual perlu disertakan dengan nota penjelasan atau maklumat
yang diperoleh daripada hasil rundingan dengan bekas tahanan
mengenai kesahihan visual. - Media perlu untuk mencari dan memanfaatkan seni kreatif untuk
merungkai keadaan penahanan di penjara Israel untuk mengatasi
kekurangan barang visual yang berkaitan dengan tahanan. Juga
disarankan untuk menggunakan seni dan lukisan yang terdapat di
perpustakaan institusi hak tahanan Palestin. - Infografik, dokumentari dan statistik ialah bahan penting
yang dapat digunakan untuk menyampaikan fakta dengan
mudah dan jelas mengenai isu tahanan Palestin. Penting untuk
mencapai keseimbangan ketika menggunakan infografik, iaitu
dengan memfokuskan pada aspek kemanusiaan dan emosi
dengan menyertakan kisah peribadi dan dimensi simbolik, serta
memasukkan wajah, dan kandungan bergambar yang lebih lanjut. - Perlu mendapatkan bantuan profesional untuk membuat produksi
visual seperti untuk filem pendek, dokumentari, dan buku komik.
Membuat liputan dan melancarkan kempen secara aktif untuk menyokong tahanan
Wartawan dan media yang prihatin harus memberi perhatian untuk membuat liputan yang mempromosikan isu tahanan Palestin. Berikut merupakan beberapa idea untuk mencapainya:
- Menjalin kerjasama dan rangkaian profesional, dan saling
bertukar maklumat dan bahan mengenai isu tahanan antara
media Palestin secara amnya dengan mereka yang berminat
dalam isu tahanan. - Menentukan hari dan masa tertentu untuk melancarkan liputan
TV secara langsung mengenai isu tahanan melalui saluran satelit
yang pelbagai, terutamanya pada waktu kemuncak atau pada
hari/tarikh yang relevan. Sesama penerbit, ahli media dan pihak
yang berkaitan juga penting untuk saling menukar maklumat dan
bahan yang berkaitan dengan isu tahanan. - Memaparkan hashtag media sosial di layar TV dan melalui mana-
mana media yang berkaitan dengan peristiwa, dan kempen pro-
tahanan. - Menyediakan ruang bebas di TV atau laman web untuk memaparkan
iklan untuk menyokong tahanan, sebagai sumbangan sukarela
oleh media. - Penglibatan wartawan dan tokoh media yang aktif dalam kempen
dan acara pro tahanan melalui media sosial, dan menyiarkan
program yang berkaitan. - Berusaha mewujudkan perkhidmatan sokongan media dan
pelbagai rangkaian antara media, organisasi masyarakat umum,
dan pihak Palestin untuk menyokong isu tahanan. - Memberi peluang kepada aktivis hak asasi dan bekas tahanan
untuk menerima latihan supaya mereka layak untuk bersama
pihak media bagi menyokong isu tahanan. - Mempromosikan latihan khusus untuk wartawan dan ahli
profesional media dalam bidang mengenai tahanan, aktiviti
latihan, dan bengkel yang berkaitan.