- foto muka depan
- Isi Kandungan
- Buku Panduan Polisi Media Mengenai Pendudukan
- Polisi Media Umum dalam Liputan mengenai Pendudukan Haram
- Sumber Kewartawanan Mengenai Isu Pendudukan
- Isu mengenai Pendudukan Haram yang
- Pendudukan Haram dalam Pelanggaran
- Kenalpasti Terminologi Tepat mengenai Isu
- Terminologi Palestin
- Penjelasan
Isi Kandungan
Polisi Media Umum dalam Liputan mengenai Pendudukan Haram
Sumber Kewartawanan Mengenai Isu Pendudukan Haram
Isu mengenai Pendudukan Haram yang Memerlukan Perhatian Media
Pendudukan Haram dalam Pelanggaran Undang-Undang Antarabangsa, Piagam dan Resolusi Berkaitan
Kenalpasti Terminologi Tepat mengenai Isu Penerokaan Haram
Terminologi Palestin dalam Liputan Mengenai Penerokaan Haram
Buku Panduan Polisi Media Mengenai Pendudukan Haram di Tebing Barat
Buku panduan untuk media profesional, wartawan dan institusi media dalam liputan mengenai pendudukan haram di Tebing Barat yang diduduki
Polisi Media Umum dalam Liputan mengenai Pendudukan Haram
Berikut merupakan polisi media yang disarankan dalam liputan isu pendudukan haram di Tebing Barat yang diduduki:
- Media perlu menganjurkan kempen khas untuk war-warkan isu
penerokaan haram melalui berita; tradisional atau media moden. Isu
perlu diketengahkan sebagai isu utama dalam konflik penjajahan
Israel ke atas Palestin. Ini sesuai dengan tanggungjawab informasi
media untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang
bahaya rancangan dan kesan penerokaan haram Israel terhadap
penduduk Palestin. - Usaha untuk melumpuhkan rancangan penerokaan haram,
dengan mengaitkannya dengan fasa-fasa dan sejarah penjajahan
Israel di Palestin, sambil menyangkal tuduhan Zionis sama ada
daripada perspektif agama, sejarah atau undang-undang. - Tujuan utama penerokaan haram Israel adalah untuk mencabul
hak-hak rakyat Palestin, mengusir mereka, merampas harta mereka
dan menyiksa. Oleh itu, media disarankan untuk fokus pada sudut
kemanusiaan; ramai penduduk Palestin yang terkoban, mangsa
kepada penempatan haram dan semua yang terkesan. Gambaran
kepada realiti penduduk Palestin dapat menjelaskan lagi kisah
sebenar, kesan daripada penerokaan haram Israel. - Menggabungkan wacana media dan naratif Palestin mengenai isu
penempatan haram, sambil mengemukakan wacana novel dan
cara moden. Kandungan penyampaian disarankan untuk dapat
mencipta pengaruh kepada pembaca, berdasarkan polisi media
yang dipersetujui. - Media perlu memberi keutamaan kepada kepentingan nasional
Palestin dan mengelak daripada pendekatan sempit seperti
menyentuh tentang ketegangan intelektual, politik, dan kepartian
ketika membincangkan isu penerokaan haram. - Media perlu membantah dan menyangkal dakwaan media Israel
mengenai penerokaan haram, yang mana Israel berusaha untuk
membenarkan tindakan jenayah tersebut. Ini harus dilakukan
melalui demonstrasi statistik, angka dan bukti kronologi penerokaan haram, selain memaparkan bukti perubahan- perubahan dramatik ekoran projek penerokaan haram di Palestin. Tambahan lagi, dasar ini juga memerlukan media Palestin dan naratif rasmi untuk memantau sentimen dan propaganda yang berasal dari media Israel, selain memberikan respons yang tepat dan efisyen. - Mempromosikan dan mendukung kebangkitan dan ketahanan
rakyat Palestin, serta perjuangan mereka dalam menentang
penerokaan haram dengan pelbagai cara dan sumber daya yang
mereka ada. Ini kerana mereka berhak untuk menentang, dan juga
sah dari segi undang-undang dan hak kemanusiaan. Sokongan
juga perlu memberi penekanan khusus pada pemilik rumah
dan tanah yang tetap bertahan menahan hak mereka dalam
menentang polisi perpindahan paksa dan penempatan haram. - Mengutarakan wacana dan naratif Palestin mengenai penerokaan
haram kepada masyarakat antarabangsa dengan menggunakan
pelbagai bahasa. Bahasa yang digunakan perlulah bersesuaian
dengan naratif setempat berdasarkan demografik pengguna, latar
belakang agama, budaya dan etnik mereka. - Memantapkan kemampuan personel media profesional mengenai
isu pendudukan haram, dengan maklumat khusus mengenai
perincian, latar belakang, konteks dan implikasi pendudukan
haram. Di samping itu, personel perlu dilengkapi dengan maklumat,
pengetahuan yang tepat dan mempunyai kemampuan artistik
dan teknikal untuk menganalisis, menjelaskan dan menghuraikan
isu tersebut. Hal ini demikian, mereka akan dapat menulis dan
menerbitkan serta muncul di media massa sebagai professional,
khusus dalam isu penerokaan haram bagi menyebarkan dan
memperkuat naratif Palestin. - Kepelbagaian teknik jurnalisme yang digunakan, seperti
kewartawanan yang teliti, interpretatif, investigatif dan sebagainya.
Penyampaian tidak hanya terhad kepada berita, tetapi juga
penggunaan seni jurnalistik cerita, laporan, artikel, wawancara,
seni filem, dokumentari, novel grafik dan video pendek. Ini kerana
pihak media memainkan peranan yang sama penting dalam
menyumbang kepada pengukuhan kedudukan Palestin di dalam
dan luar negara, sambil menjelaskan peristiwa yang berkaitan
dengan isu penerokaan haram. - Media juga perlu fokus pada penggunaan teknologi canggih
dan penyusunan kandungan yang relevan dalam perbincangan
tentang penerokaan haram seperti penggunaan gambar ekspresif,
lukisan, peta dan infografik. Media juga boleh menyebarkan
pendekatan multimedia ini melalui pameran dan kempen serta
memperuntukkan siaran khas mengenai penerokaan haram
sebagai usaha tambahan. - Media perlu memastikan ketepatan dan keperincian maklumat
yang diterbitkan mengenai penempatan haram. Maklumat yang
disebarkan perlulah merangkumi seluruh maklumat seperti ukuran
keluasan wilayah yang dirampas, jumlah komuniti kediaman (desa
dan keluarga yang telah diusir), tanaman yang telah ditebang,
jumlah penduduk yang dicederakan, pelajar yang telah dipisahkan
dari sekolah dan universiti dengan tembok aparteid. Selain itu,
perlu juga fokus kepada kesan kerosakan pada sosial, pertanian,
perindustrian, perubatan dan persekitaran masyarakat Palestin.
Kepelbagaian dan ketepatan maklumat sangat penting sebagai
sumber dalam liputan media mengenai penerokaan haram. - Media perlu menyediakan bahan yang merungkai objektif di
sebalik penempatan haram yang berterusan dengan menekankan
isu penempatan haram yang melumpuhkan solusi politik, memutuskan hubungan dengan Tebing Barat, perpindahan penduduk, yahudisasi di Baitul Maqdis dan sebagainya. Di samping itu, media juga perlu mengetengahkan penderitaan rakyat Palestin kesan daripada penerokaan haram. Penyampaian perlulah menyasarkan khususnya kepada penyokong penjajahan yang diam atas pencerobohan penempatan haram dan secara tidak langsung menjadikan mereka rasa bertanggungjawab terhadap penderitaan yang dialami rakyat Palestin. Ini termasuklah bantuan dari Barat dan Amerika kepada Israel dan masyarakat antarabangsa yang diam mengenai penjajah Israel yang melanggar undang- undang antarabangsa. - Mendedahkan sifat peneroka haram yang rasis, ekstremis, dan
ganas terhadap orang rakyat Palestin, dengan menekankan
tingkah laku jenayah mereka yang dilindungi oleh pemerintah dan
tentera penjajah Israel. Selain itu, fokus juga kepada penghapusan
status orang awam, pendudukan haram ke atas tanah Palestin,
peneroka haram yang bersenjata berat dan merupakan anggota
organisasi pengganas yang dikenali sebagai «price-tags». Anggota
ini mensasarkan penduduk Palestin dan harta benda mereka di
seluruh Tebing Barat. Secara keseluruhan, mereka telah melakukan
ribuan pembunuhan, vandalisme dan pembakaran di banyak lagi.
Sumber Kewartawanan Mengenai Isu Pendudukan Haram
Kebergantungan media kepada sumber Israel dalam melaporkan isu pendudukan haram di Palestin menyebabkan kandungan penyampaian yang lemah terutamanya mengenai rencana, tujuan dan jumlah penerokaan haram. Di sini, kami berusaha mengemukakan beberapa piawaian sumber maklumat yang dapat dirujuk mengenai penerokaan haram:
- Wartawan perlu merujuk pada sumber utama Palestin, institusi
rasmi Palestin dan organisasi khusus dalam bidang penerokaan
haram Israel di Palestin. - Menyaring maklumat yang disebarkan oleh sumber Israel
mengenai penerokaan haram mereka dan tidak menyiarkan
atau mempromosikannya tanpa menyunting istilah dan konteks
yang digunakan. - Bagi menulis naratif yang tepat, dan memahami realiti, motif dan
parameter penerokaan haram Israel, wartawan perlu merujuk
kepada pendapat pakar serta menggunakan hasil penyelidikan
yang mereka sediakan. - Ahli media dinasihatkan untuk tidak bergantung semata-mata
pada sumber dan agensi berita global. Jika mengambil sumber
berita antarabangsa, perlu untuk memastikan ketepatan
maklumat tersebut. Sebaliknya media dinasihatkan untuk
bergantung pada laporan dan maklumat yang diambil dari
entiti, organisasi dan jawatankuasa antarabangsa yang adil dan
professional.
Isu mengenai Pendudukan Haram yang Memerlukan Perhatian Media
Bahagian ini memfokuskan pada aspek paling penting, kesan dan tema isu penerokaan haram yang perlu mendapat perhatian dan liputan media:
- Mengetengahkan rencana penjajahan Israel yang terus
mengembangkan penerokaan haram di Baitul Maqdis, dan rencana
pendudukan haram yang memindahkan penduduk Baitul Maqdis
dari kawasan kota dengan menempatkan peneroka haram Israel.
Perlu ditekankan juga rancangan pendudukan haram ini bertujuan
untuk mengubah keseimbangan demografi di Palestin. - Mengetengahkan penempatan yang baru diwujudkan, yang
dikatakan sebagai «kem tentera» di wilayah Tebing Barat, terutama
di Baitul Maqdis dan Lembah Jordan. - Mengetengahkan operasi pemindahan paksa di Kawasan (C),
yang mensasarkan puluhan desa Badui Palestin, dan bertujuan
mengosongkan kawasan penduduk Palestin sebagai persiapan
untuk perluas jajahan. Kawasan terpenting yang menjadi sasaran
pemindahan ialah: Masafer Yatta (timur gabenor Hebron), Al Khan
Al Ahmar (Timur Baitul Maqdis), dan Aghwar Utara, dan lain-lain. - Mengetengahkan kegiatan ekonomi penempatan haram di Tebing
Barat (pertanian, perindustrian, komersial dan perkhidmatan),
selain fokus kepada kesan aktiviti ini pada masyarakat dan wilayah
Palestin dari aspek politik, ekonomi, sosial, demografi, hidrologi dan
persekitaran. - Menyebarkan maklumat tentang projek pendudukan haram Israel
yang telah dilaksanakan dengan pelbagai bentuk dalam usaha
untuk menguasai tanah-tanah Palestin di Tebing Barat, khususnya
di kota Baitul Maqdis. Perkara yang paling menonjol yang perlu
diketengahkan adalah seperti berikut:
* Mengubah tanah individu menjadi tanah awam (tanah negara)
* Mengisytiharkan tanah sebagai zon ketenteraan tertutup
* Mengiktiraf tanah sebagai zon latihan ketenteraan
* Mengisytihar zon tanah sebagai kawasan tanpa jalan masuk
(kawasan bersebelahan dengan tembok pemisah) atau
(kawasan penempatan pengaruh).
* Rampasan tanah atas alasan keselamatan
* Mengisytiharkan tanah sebagai harta tanah terbiar (harta
tidak bertuan)
* Tanah yang dibeli melalui broker secara haram, terutama di
Baitul Maqdis - Mengetengahkan penyingkiran dan perobohan rumah orang awam
Palestin dilakukan dengan pelbagai dalih seperti menggagalkan
kelulusan hakmilik bangunan, dan memalsukan isu yang sering
tidak didedahkan yang hanya untuk menghukum warga Palestin.
Di seluruh Tebing Barat secara keseluruhan, jumlah rumah yang
dirobohkan ialah kira-kira 000 50, sementara di Baitul Maqdis, 2300
rumah telah dirobohkan dari tahun 1994 hingga 2018. - Mengetengahkan kegiatan penerokaan haram di Tebing Barat
dan Baitul Maqdis: Menjelaskan bagaimana penjajahan cuba
mengada-adakan hubungan sejarah, agama dan budaya dengan
Tebing Barat melalui penggalian arkeologi, sebagai alasan untuk
kawalan dan dasar penyitaan yang berterusan. - Mengetengahkan Isu tembok aparteid yang melanggar hak
asasi manusia, ekonomi, sosial dan psikologi warga Palestin dan
implikasi politik mengasingkan rakyat Palestin di wilayah tertutup
di sebalik tembok. - Menekankan keperluan untuk merungkai setiap inci konteks
umum penerokaan haram tanpa mengehad apa-apa maklumat.
Media boleh mengaitkan isu pencabulan undang-undang oleh
Israel dengan projek penerokaan haram mereka. Sebagai contoh,
kebanyakan pelanggaran mereka di Baitul maqdis sebenarnya
mempunyai tujuan yang lebih besar iaitu agenda ‹The Greater
Jerusalem Project›. - Mengetengahkan peneroka haram Israel yang menyalahgunakan
dan melanggar hak-hak ekonomi, sosial, dan politik warga Palestin
seperti menghalang akses tanah dan air. Selain itu, penempatan
haram dan kilang-kilang mereka juga menjadi punca kepada
pencemaran alam sekitar. Mereka juga terus merampas hak asasi
rakyat Palestin seperti menghalang hak pendidikan pelajar, hak
beribadah secara aman di tempat suci, dan hak untuk melakukan
upacara keagaaman. Ini tidak termasuk keganasan yang berterusan
seperti memukul dan menembak orang awam. - Mengetengahkan masalah alam sekitar, kesihatan dan sosial
yang berterusan di desa-desa berdekatan tembok pemisah
berpunca daripada penempatan haram, kampung-kampung yang
dirobohkan dan penduduk dipindahkan secara paksa. Sebilangan
besar rakyat Palestin dinafikan hak perkhidmatan asas seperti
elektrik, air, kesihatan dan pendidikan disebabkan perancangan
dan pembahagian tanah haram, keganasan peneroka haram dan
aktiviti ketenteraan tentera penjajah. - Mengetengahkan isu jalan penempatan haram dan penghalang
ialah strategi Israel untuk mengambil alih wilayah Palestin. Penjajah
Israel menguasai sekatan jalan raya dan memisahkan kota-kota
Palestin untuk memutuskan hubungan, mengganti penduduk
dan mengubahnya menjadi kejiranan terpencil. Ini juga termasuk
kegiatan pendudukan haram di Tebing Barat, termasuk di Baitul
Maqdis, yang beroperasi melalui organisasi apartheid pemisah
rasis dengan mengasingkan orang awam Palestin di kawasan
terkepung 165 zon. - Mengenal pasti ideologi peneroka haram, kepercayaan, mazhab
rasis, kumpulan agama, politik dan serta geng yang dibentuk oleh peneroka haram untuk melakukan serangan ganas terhadap warga Palestin. Ini termasuklah kumpulan ‘Hilltop Youth’ dan ‘Price- Tag’. Serangan mereka terhadap rakyat Palestin secara purata sebanyak 40 kali dalam sebulan, sering mengakibatkan kematian, pembakaran dan kemusnahan harta benda awam. - Mengetengahkan isu keistimewaan yang diberikan oleh pemerintah penjajahan kepada peneroka haram Israel dalam bentuk pengecualian cukai, dan kenaikan gaji. Penjajah Israel juga mengutamakan wilayah penempatan haram Israel untuk dibangunkan. Ini juga termasuk pemberian pinjaman konsesi dengan manfaat perumahan dan pendidikan formal, pembentukan projek pertanian, perindustrian dan komersial serta pembukaan syarikat dan kilang pengeluaran. Ketidakadilan antara penduduk Palestin dan peneroka haram Israel juga jelas dari segi ekonomi yang mana peneroka haram Israel dapat mengeksport produk mereka ke seluruh dunia di samping kemajuan projek infrastruktur dalam usaha untuk memperkasakan peneroka haram dan kumpulan pelampau mereka.
- Menonjolkan isu eksploitasi dan kawalan haram Israel ke atas
sumber asli Palestin di Tebing Barat, termasuk mengawal ladang
minyak, mineral, sumber air bawah tanah, dan Laut Mati.
Pendudukan Haram dalam Pelanggaran Undang-Undang Antarabangsa , Piagam dan Resolusi Berkaitan
- Dalam merangkumi isu penempatan Israel di Tebing Barat, perlu untuk mengaitkan semua aktiviti penempatan dan kesannya dengan pelbagai isu penyalahgunaan dan pelanggaran undang- undang antarabangsa.
- Penting untuk meningkatkan kesedaran melalui menonjolkan
undang-undang dan resolusi antarabangsa yang disalahgunakan
oleh pendudukan Israel, termasuklah:Konvensyen Den Haag 1907 - Artikel 46: Kuasa Penjajah tidak boleh merampas harta benda
persendirian. Dewan Den Haag 1907 - Artikel 55: Kuasa Penjajah akan dianggap sebagai pentadbir
wilayah negara yang diduduki dan akan memperlakukan harta
benda negara tersebut sebagai milik peribadi.Konvensyen Geneva Keempat 1949 - Artikel 49: Kuasa Penjajah tidak berhak memindahkan warganya
ke wilayah yang didudukinya atau melakukan tindakan yang
menyebabkan perubahan demografisnya. - Artikel 53: Kuasa Penjajah tidak berhak memusnahkan harta benda
atau harta benda peribadi atau kolektif individu atau harta negara
atau mana-mana pihak berkuasa di wilayah yang diduduki. - Artikel 147: Pemusnahan dan pelanggaran harta benda dengan
cara yang tidak dibenarkan oleh keperluan ketenteraan, dan
secara besar-besaran secara haram dan sewenang-wenang ialah
pelanggaran berat.Resolusi Majlis Keselamatan - Resolusi 242 tahun 1967: Meminta penarikan pasukan
pendudukan dari wilayah yang diduduki pada tahun 1967, dan
menekankan bahawa pengambilalihan wilayah daripada perang
ialah tidak terima. - Resolusi No. 446 tahun 1979: Menekankan haramnya dasar
penerokaan haram di wilayah Arab yang dijajah, termasuk Baitul
Maqdis. - Resolusi No. 452 tahun 1979: Majlis Keselamatan meminta pihak
berkuasa untuk menghentikan kegiatan penempatan di wilayah
yang diduduki pada tahun 1967, termasuk Baitul Maqdis. - Resolusi No. 465 tahun 1980: Menuntut negara penjajah
menghentikan pendudukan haram, berhenti membangunkan
penempatan baru dan meneroka penempatan tersebut. - Resolusi No. 478 tahun 1980: meminta agar tidak mengiktiraf
apa yang disebut oleh penjajahan sebagai «Undang-undang
Dasar», iaitu keputusan untuk meneroka Baitul Maqdis dan
menganggapnya sebagai ibu kota entiti penjajah. - Resolusi 23 ,2334 Disember 2016: Memutuskan untuk mengecam
pendudukan haram Israel dan mengecam tindakan Israel
melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa iaitu
tindakan yang bertujuan mengubah struktur demografi dan
status wilayah Palestin yang dijajah.Resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu - 4 Julai 1967: Seruan menghormati hak asasi manusia di wilayah
Palestin yang dijajah dan penjajahan untuk menjamin keselamatan
penduduk di kawasan-kawasan tersebut. - 20 Disember 1971: Menuntut negara penjajah Israel untuk
membatalkan semua prosedur penambahan atau penerokaan
wilayah-wilayah yang dijajah. - 23 November 2015: Sebilangan besar Perhimpunan Agung PBB
meminta kuasa penjajah mengakhiri pendudukannya di wilayah
Palestin. Resolusi itu menekankan pentingnya mengakhiri
pendudukan Israel di wilayah Palestin sejak 1967 dan hak rakyat
Palestin untuk penentuan nasib sendiri. - 20 Disember 2017: Sebuah resolusi diluluskan yang menegaskan
hak Palestin untuk mengeksploitasi sumber semula jadi mereka.Majlis Hak Asasi Manusia - Resolusi mengenai hak penentuan nasib sendiri rakyat Palestin, dan tidak menerima pengambilalihan wilayah Palestin melalui kerahan pasukan. Seperti yang diperuntukkan dalam Piagam PBB dan resolusi PBB yang berkaitan, meminta Israel untuk mengakhiri pendudukannya ke atas semua wilayah Palestin yang diduduki sejak 1967, dengan penghentian segera terhadap pelanggaran berat yang dilakukan di wilayah Palestin yang dijajah dan perlindungan antarabangsa segera terhadap rakyat Palestin di Wilayah Palestin yang diduduki dengan mematuhi undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan kemanusiaan antarabangsa undang- undang.
Kenalpasti Terminologi Tepat mengenai Isu Penerokaan Haram
Media yang membahas isu penerokaan haram harus mengetahui istilah, definisi, dan alternatif yang tepat kerana kebanyakannya berasal dari sumber Israel. Penting juga untuk menyampaikan dalam naratif yang khusus.
Istilah yang paling biasa digunakan adalah seperti berikut:
Istilah | Definisi Istilah |
Pendudukan/ penempatan/ penerokaan haram |
Komuniti Yahudi ditubuhkan oleh perintah rasmi pemerintah penjajahan haram di tanah Palestin. |
Penempatan haram Nahal |
Penempatan/penerokaan/pendudukan haram Moshavim atau Kibbutz ditubuhkan oleh pasukan Nahal dari tentera penjajah pada tahun 1967, dan tertumpu pada Garis Gencatan Senjata dan kawasan-kawasan lembah, yang memiliki status ketenteraan pertanian. |
Komuniti penerokaan haram |
Petempatan haram yang tidak mempunyai input pengeluaran bersama, atau tiada kongsian perumahan bersama dan penduduknya memiliki rumah, ladang, atau perusahaan mereka sendiri. |
Bandar penempatan haram |
Penempatan haram dengan jumlah penduduk 2000 atau lebih, atau penempatan haram yang terletak di sempadan kawasan Baitul Maqdis (J1) tanpa mengira jumlah penduduknya. |
Perkampungan penempatan haram |
Penempatan haram dengan penduduk kurang dari 2000 penduduk yang terletak di dalam sempadan wilayah Baitul Maqdis (A1). |
Kem tentera haram ‘Penempatan Haram’ |
Penempatan haram yang didirikan di Tebing Barat dan Baitul Maqdis tanpa kebenaran pemerintah Israel, tetapi disubsidi dan dibiayai oleh agensi pemerintah sendiri dan institusi penjajahan rasmi seperti dewan penjajahan. Ini bertujuan untuk mengalih perhatian antarabangsa daripada mengkritik mengenai pengembangan penempatan haram dan mengesahkan penerokaan secara palsu yang telah pun ditubuhkan sebelumnya. Jumlah kem tentera haram yang mewakili inti penempatan baru adalah sekitar 107 pos, dan jumlah ini dijangka meningkat. |
Jalan Pintas | Jalan yang dibina oleh pihak berkuasa penjajah bertujuan untuk menghubungkan penempatan yang ada di Tebing Barat antara satu sama lain atau dengan wilayah Palestin yang diduduki pada tahun 1948 dan dikhaskan untuk para peneroka haram dan tentera. |
Legitimasi, pencucian wang, atau ‹kompromi› | Tindakan ini adalah untuk memberikan status kekuasaan penjajah yang sah secara retroaktif, untuk bangunan dan penempatan yang didirikan tanpa izin pasukan penjajah Israel. |
Dewan Majlis ‘Yesha’ | Sebuah dewan yang mewakili peneroka haram Israel di Tebing Barat, kecuali penempatan haram Baitul Maqdis (yang dianeksasi oleh pasukan penjajah – J1), serta beberapa sempadan penempatan haram di wilayah-wilayah gabenor Qalqiliya, Ramallah, dan Hebron, yang dianeksasi kepada entiti penjajah. |
Kawasan Ketenteraan Tertutup |
Kawasan yang melarang warga Palestin tanpa izin daripada memasuki Semenanjung Gaza, kecuali mereka merupakan penduduk kawasan tersebut. |
Baitul Maqdis (Kawasan J1) |
Kawasan ini adalah bahagian dari wilayah pemerintahan Baitul Maqdis, yang dianeksasi oleh ‹Israel› setelah penjajahan di Tebing Barat pada tahun 1967 dan merangkumi kawasan kejiranan Palestin berikut: Beit Hanina, Kem Shuafat, Shu›fat, Isawiyah, Sheikh Jarrah, Wadi Al-Joz , Bab Al-Sahira, Sawana, Ras al-Amud, Silwan, Al-Thawri, Jabal al-Mukaber, Sawahreh al-Gharbiya, Beit Safafa, Sharafat, Sur Baher, Umm Tuba, Kafr al-Qubb. |
Baitul Maqdis (Kawasan J2) |
Kawasan selebihnya dari wilayah gabenor Baitul Maqdis yang secara rasmi dianggap sebagai sebahagian daripada Tebing Barat dan merangkumi komuniti Palestin seperti berikut: Rafat, Makhmas, Qalandia, Jab’a, Qalandia, Beit Duku, Jab’a, Jadira, Ram dan Dahiyat al- Dihalang. Al-Zayyim, Al- Aizariya, Abu Dis, Arab Jahalin, Sawahreh Al- Sharqiya, Sheikh Saad. |
Kawasan Pengasingan Barat (Kawasan J1) |
Tanah Tebing Barat yang telah diasingkan antara tembok Apartheid di Timur dan Garis Hijau ke Barat oleh penjajahan dan menjadi sangat sukar dijangkau walaupun melalui surat kelulusan yang diperoleh dari Pentadbiran Sivil. Ia mempunyai luas 705 km dan merupakan %12.4 dari Tebing Barat. |
Kawasan Pengasingan Timur |
Kawasan Lembah Jordan yang menghadap ke lereng timur, serta kawasan padang pasir yang berdekatan dengan Laut Mati (Tanah Baitul Maqdis). Ia memiliki luas 1664 km persegi. Ia merupakan %29.4 dari Tebing Barat. Tentera penjajah telah mengawalnya sebagai zon ketenteraan tertutup. |
Berikutan Perjanjian Oslo pada tahun 1993, Tebing Barat dibahagikan kepada kawasan pentadbiran dan kawalan keselamatan seperti berikut:
- Kawasan A: Sepatutnya dengan jumlah kawalan pentadbiran
dan keselamatan Palestin tetapi tertakluk kepada serbuan dan
pencerobohan Israel setiap hari (kira-kira %18 daripada Tebing
Barat). - Kawasan B: dengan kawalan pentadbiran Palestin dan kawalan
keselamatan penjajah Israel (kira-kira %18 daripada Tebing Barat). - Kawasan C: dengan jumlah kawalan pentadbiran dan keselamatan
penjajah Israel (kira-kira %64 daripada Tebing Barat, termasuk %3
sebagai rizab asli).
Terminologi Palestin dalam Liputan Mengenai Penerokaan Haram
Penjajahan Israel telah menggunakan istilah yang cuba memutarbelitkan realiti penjajahannya di wilayah Palestin. Ini bertujuan untuk menyelaraskan
visi, naratif dan projek penerokaan haram mereka di Tebing Barat, termasuk
Baitul Maqdis, dengan melegitimasi kehadiran peneroka haram. Mereka juga
menunjukkan bahawa kewujudan Palestin hanyalah sementara dan menafikan
asal-usul mereka. Kami melampirkan terminologi Israel yang paling palsu yang menguatkan visi Israel serta istilah yang sesuai bagi mempromosikan hak
Palestin.
Istilah yang palsu | Istilah yang tepat |
Kejiranan Israel di Baitul Maqdis (Jerusalem) | Penerokaan haram Israel di Baitul
Maqdis |
Perbandaran Israel di Baitul Maqdis | Perbandaran penjajahan di Baitul
Maqdis |
Populasi Arab di Baitul Maqdis | Rakyat Palestin di Baitul Maqdis |
Warga Israel di Baitul Maqdis dan Tebing Barat | Peneroka haram Israel di Tebing Barat termasuk Baitul Maqdis |
Padang pasir Judean | Tanah Baitul Maqdis |
Kem tentera | Pusat penjajahan penempatan haram |
Pentadbiran Awam Israel | Pentadbiran Awam tentera penjajah |
Pemindahan komuniti Arab | Pemindahan paksa perkampungan
Palestin |
Tembok Pemisah | Tembok Apartheid |
Sekatan pergerakan di Tebing Barat | Pengepungan warga Palestin, penutupan kampung, sekatan kebebasan untuk bergerak |
Jalan Pintas (bypass) | Jalan khas untuk peneroka haram Israel |
Penempatan Gabungan Badui | Pemindahan paksa |
Penempatan | Penempatan penjajahan haram |