Buku Panduan Polisi Media Mengenai Baitul Maqdis

İçindekiler

Polisi media dalam membuat liputan Baitul Maqdis

Menyebarkan maklumat mengenai sejarah dan tamadun Baitul Maqdis

Laporan media mengenai keganasan pendu- dukan haram, polisi yahudisasi dan ancaman demografi

Laporan media mengenai pencabulan kebe- basan beragama dan budaya hidup di Baitul Maqdis

Polisi Media untuk Menghadapi Naratif Pen- dudukan Haram Israel Mengenai Baitulmaqdis

Langkah kewartawanan yang menguatkan peranan media dalam isu Baitul Maqdis

Terminologi media yang khusus bagi isu Bai- tul Maqdis

Kesalahan Biasa Istilah Umum

Buku Panduan Polisi Media Mengenai Baitul Maqdis

Buku panduan untuk media profesional, wartawan dan institusi media dalam membuat liputan mengenai Baitul Maqdis

Polisi media dalam membuat mengenai liputan Baitul Maqdis

Bahagian ini merupakan polisi media yang paling penting yang berkaitan dengan liputan isu Baitul Maqdis. Polisi-polisi lain akan dibincangkan dalam bab yang berlainan. Polisi yang paling utama tersebut termasuklah:

  • Media perlu memberi penekanan bahawa Baitul Maqdis atau
    Jerusalem ialah ibu kota Palestin yang juga merupakan sebuah
    kota Palestin yang tercatat rapi dalam sejarah. Baitul Maqdis, rumah
    ibadat Kristian dan Islam serta nilai budayanya – mempunyai
    status unik tersendiri di dunia. Ini menjadikannya sebagai
    sebuah tempat pertembungan kumpulan agama di samping
    menjadi titik tumpuan perperangan dan penjajahan. Puak
    tentera Zionis menduduki Barat Baitul Maqdis dalam peristiwa
    Nakba 1948, kemudian pada tahun 1967, Israel telah meluaskan
    pendudukannya ke Timur Baitul Maqdis dengan menggunakan
    kekerasan – tanpa ada asas sejarah yang kukuh bagi memerintah
    kawasan itu. Sejak itu, Baitul Maqdis terus dijajah, telah dipalsukan
    identiti dan mercu tanda kota, termasuklah berterusan mengubah
    ciri demografik, menekan penduduk asal Baitul Maqdis supaya
    meninggalkan tanah haram dan menempatkan peneroka haram
    Israel. Justeru, penting bagi para pengamal media ketika membuat
    liputan mengenai Baitul Maqdis, memberikan penekanan bahawa
    ia merupakan konflik politik yang melibatkan entiti penjajahan,
    bukannya konflik agama.
  • Media perlu menolak pendudukan haram Israel di Baitul Maqdis
    selain menyemak semula kesan politik, undang-undang, sosial dan
    budaya di Baitul Maqdis dan di seluruh Palestin. Ini merupakan
    asas prinsip yang didasari oleh penjajahan dan pencerobohan
    yang dilakukan, bukannya identiti agama atau etnik.
  • Media juga harus menyangkal naratif Israel dan tuntutan sejarah
    mereka berkaitan Baitul Maqdis, sebaliknya membandingkan dan
    membaca sudut pandang sejarah Palestin tentang Baitul Maqdis
    yang mana naratifnya telah didokumentasikan secara saintifik;
    kesucian rumah ibadat, sejarah, budaya dan pendudukannya.
  • Memberi perhatian terhadap pelbagai aspek mengenai Baitul
    Maqdis termasuklah politik, agama, isu kemanusiaan, budaya,
    sosial, undang-undang dan lain-lain. Media juga perlu memberi
    perhatian khusus kepada perkara yang berkaitan Masjid Al-Aqsa
    dan kesucian rumah ibadat Islam serta Kristian di Baitul Maqdis
    yang telah dicabuli Israel. Media perlu memberi penekanan tentang
    hak golongan Muslim dan Kristian Palestin sebagai satu unit dalam
    konteks nasional disamping memantau keadaan mereka.
  • Media boleh memainkan peranan dalam usaha membantu
    isu melibatkan Baitul Maqdis dengan menunjukkan solidariti,
    menunjukkan minat terhadap segala kegiatan, pendirian dan
    kenyataan berkaitan dengannya. Ini merupakan sebahagian
    daripada tanggungjawab berprinsip, berperikemanusiaan dan
    beretika masyarakat antarabangsa.
  • Perancangan media untuk memperbanyak wacana mengenai Baitul
    Maqdis perlu bedasarkan kajian dan nasihat pusat penyelidikan
    media. Sejarah Baitul Maqdis mestilah dijadikan antara perkara
    tahunan yang perlu dibincangkan.
  • Media seharusnya mengelak daripada menjadikan isu Baitul Maqdis
    sebagai isu berkala sebaliknya perlu menganggap ini sebagai isu
    utama dalam pendudukan haram Israel ke atas Palestin. Laporan
    mengenai isu Baitul Maqdis haruslah konsisten dilaporkan di
    media tempatan, serantau mahupun antarabangsa. Saluran media
    harus berfungsi dalam menyalurkan berita dan harus disampaikan
    dengan berhati-hati bersandar kepada bukti dan fakta yang sahih.
  • Media perlu mengelakkan pendekatan yang sempit dan partisan
    ketika membincangkan isu Baitul Maqdis. Penting untuk
    menekankan usaha dan budaya kolektif yang dapat menyatukan
    Palestin, Muslim dan pejuang hak asasi manusia.
  • Media boleh mempelbagaikan sudut liputan media yang berkaitan
    Baitul Maqdis. Media boleh mempertimbangkan konteks, jenis
    dan cara mengikut pengkhususan tertentu setiap saluran media.
    Maka, untuk mencapai objektif ini, media harus mengambil kira
    masa laporan dikeluarkan dan konteks perbincangan. Dari segi
    konteks, ia boleh dipelbagaikan sama ada dari aspek agama, politik,
    sejarah, kebudayaan, keselamatan dan sebagainya. Laporan juga
    boleh mengambil kira sasaran penonton sama ada golongan elit,
    belia, wanita, kanak-kanak. Maklumat boleh disampaikan melalui
    platform media sosial, media moden dan tradisional.

Menyebarkan maklumat mengenai sejarah dan tamadun Baitul Maqdis

Salah satu polisi penting berkaitan laporan mengenai Baitul Maqdis adalah dengan memberi pencerahan dan informasi tentang Palestin, keagamaan, maklumat umum tentang kota dari segi sejarah dan identiti. Perkara ini boleh dicapai melalui cara ini:

  • Media boleh merujuk kepada ahli sejarah bukan Palestin yang
    berbangsa Yahudi yang mendedahkan naratif palsu Zionis
    berkaitan Baitul Maqdis dan mitos Kuil yang ingin dibina. Para
    ilmuwan ini juga mendedahkan di dalam kajiannya tentang
    peristiwa pembersihan etnik dan pembunuhan beramai-ramai
    yang dilakukan dengan kejam oleh Israel terhadap penduduk
    Palestin. Para sarjana ini digelar sebagai “sejarawan baru” atau
    “sejarawan baru Israel”.
  • Menonjolkan aspek sejarah, budaya dan tamadun Baitul Maqdis
    dengan memberi penekanan terhadap hubungan kerohanian
    antara Palestin dan negara-negara Muslim yang lain terhadap
    kesucian Masjid Al Aqsa. Ini termasuklah aspek keagamaan yang
    menjadikan bandar itu begitu istimewa sehingga menyebabkan
    wujudnya sebuah ikatan dan roh yang dapat menyatukan
    Palestin dan komuniti Muslim di Baitul Maqdis. Perlu juga
    ditekankan mengenai penduduk asal Palestin yang sudah lama
    menetap di bandar ini menyebabkan mereka mempunyai suatu
    hubungan yang sangat istimewa terhadap Masjid Al Aqsa.
  • Media juga boleh memainkan peranan dengan meningkatkan
    kesedaran orang ramai mengenai Masjid Al Aqsa, termasuklah
    dari aspek status, nilai dan ancaman oleh pendudukan haram.
    Ketidakpedulian dan kurangnya pengetahuan dalam kalangan
    orang awam mesti diketengahkan. Media boleh memberi
    pendedahan tentang bangunan yang berada di sekitar Masjid
    Al Aqsa seperti Kubah Batu (atau kubah as-Sakhrah) yang ikonik
    dan gereja kecil Al Qibli. Jika kita lihat dengan teliti, ramai
    yang menganggap Masjid Kubah Batu sebagai Masjid Al Aqsa.
    Hakikatnya, Masjid Kubah Batu hanyalah sebahagian daripada
    Masjid Al Aqsa yang terletak di perkarangan Masjid Al Aqsa.
    Media juga boleh memberi kesedaran dan informasi tentang
    Baitul Maqdis sebagai tempat ibadah yang dianggap suci bagi
    penganut Islam dan Kristian. Ini penting supaya orang ramai
    akan lebih menghormati sejarah, peradaban, dan geografi
    kawasan masing-masing.

Laporan media mengenai keganasan pendudukan haram , polisi yahudisasi dan ancaman demografi

Pendudukan haram Israel di Palestin ialah proses yahudisasi untuk
menyingkirkan penduduk asal Palestin. Ia telah mengancam kedudukan demografi warga Palestin di Baitul Maqdis melalui langkah rasis dan mencabul hak asasi manusia rakyat Palestin untuk hidup dalam keadaan aman. Maka, media boleh memberi fokus kepada isu berikut:

  • Menghebahkan perubahan yang dilakukan orang Yahudi Baitul
    Maqdis yang mengubah mercu tanda, dan yang paling ketara
    pengaruh penjajah Israel dalam pengurusan pentadbiran
    (keputusan kehakiman, undang-undang, organisasi pentadbiran,
    pilihan raya bandar, perkhidmatan awam dan fasiliti). Ini termasuklah
    mengubah nama kawasan, nama jalan, membina rumah ibadat dan
    muzium Yahudi dalam jumlah yang besar, memusnahkan tanah
    perkuburan Islam dan menutup institusi masyarakat Palestin di
    Baitul Maqdis.
  • Israel mempunyai objektif untuk mengambil alih penempatan
    sepenuhnya dengan mengusir rakyat Palestin dan menggantikannya
    dengan peneroka haram. Penjajah Israel telah melaksanakan
    pelbagai perancangan licik seperti menarik semula kad pengenalan
    rakyat Palestin, dengan menyekat atau membatalkan permohonan
    residen penduduk Palestin dari luar bandar tersebut. Penjajah
    Israel juga mengusir penduduk Palestin dalam diam dengan
    cara merampas tanah, memusnahkan rumah, menutup jalan
    dan mengenakan sekatan untuk ke luar negara. Mereka turut
    mengadakan sekatan bagi menghalang rakyat Palestin berjumpa
    keluarga masing-masing. Mereka turut mengenakan visa kepada
    pasangan Palestin yang tidak tinggal di Baitul Maqdis. Bukan itu
    sahaja, mereka turut memaksa anggota keluarga yang tinggal
    di Baitul Maqdis untuk keluar dari kawasan itu. Langkah licik
    yang dilakukan penjajah Israel itu telah mengurangkan jumlah
    penduduk Palestin di Baitul Maqdis. Terdapat juga polisi yang
    dicipta dan digunapakai untuk merampas tanah, rumah dan kedai
    rakyat Palestin. Mereka memberi alasan pemilik rumah dan kedai
    berkenaan tidak memiliki dokumen sah dan mereka harus menyita
    kediaman tersebut.
  • Mereka turut menekan rakyat Palestin dari sudut ekonomi.
    Polisi ekonomi juga diyahudisasi dengan melaksanakan cukai
    yang melampau, kos sara hidup yang tinggi dan membebankan
    penduduk dengan pelbagai jenis cukai dan denda seperti cukai
    pendapatan, VAT, cukai harta, cukai pintu, cukai insuran nasional,
    cukai televisyen, cukai UNRWA, cukai membaik pulih bandar
    dan lain-lain. Terdapat juga pengurangan kemudahan asas bagi
    memaksa rakyat Palestin meninggalkan Baitul Maqdis.
  • Rampasan tanah dilakukan terang-terangan apabila penjajah
    Israel membangunkan tembok Apartheid menjadikannya isu
    utama dan kontroversi di Baitul Maqdis. Tanah yang sepatutnya
    dikhaskan untuk tujuan pembangunan telah dirampas dengan
    alasan kononnnya untuk menjaga alam semulajadi dan memelihara
    kawasan hijau di Baitul Maqdis. Mereka sengaja membina tembok
    untuk memisahkan masyarakat Palestin daripada Baitul Maqdis
    dan Tebing Barat. Maka, rakyat Palestin akan duduk jauh dari Baitul
    Maqdis seterusnya menghadkan jumlah ahli ibadah. Bukan itu
    sahaja, beberapa siri serangan kerap berlaku di Baitul Maqdis di
    bawah perlindungan dan pengawasan polis penjajah Israel.
  • Penindasan turut dilakukan pada sektor kesihatan. Mereka telah
    mengehadkan akses rakyat Palestin untuk mendapatkan rawatan
    dan perkhidmatan kesihatan di Timur Baitul Maqdis, malah
    memaksa rakyat Palestin untuk membayar insuran kesihatan Israel.
    Di samping itu, penjajah Israel juga terus meminggirkan infrastruktur
    sektor kesihatan dan cuba untuk menghapuskan institusi kesihatan
    Palestin, dan menggantikannya dengan khidmat alternatif. Cara ini
    adalah untuk memastikan penduduk Palestin bergantung dengan
    sistem yang disediakan oleh penjajah dan menjauhkan lagi mereka
    daripada menggunakan sistem kesihatan Palestin.

Liputan Media Pelanggaran Kebebasan Beragama dan Budaya Hidup di Baitul Maqdis

Penindasan hak kebebasan beragama, budaya dan pencabulan undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan oleh Israel memerlukan rangka media untuk fokus pada hal berikut:

  • Penindasan terhadap budaya dan cara hidup di Baitul Maqdis
    juga turut dilakukan dengan mengawal dan menguasai sektor
    pendidikan. Ini termasuk pelaksanaan kokurikulum Israel di
    sekolah rendah dan ‘Israelisasi’ sistem pendidikan. Bukan itu
    sahaja, institusi pendidikan seringkali diserang dan dimusnahkan
    selain kekurangan infrastruktur dan tenaga pengajar di sana. Guru
    dan pelajar ditangkap dan dibunuh, dan pelbagai halangan untuk
    mereka pergi ke sekolah. Kelas-kelas keagamaan turut dilarang,
    sekolah ditutup termasuklah penghalangan untuk melaksanakan
    pendidikan inisiatif oleh komuniti. Penjajah Israel juga menangkap
    ‘Masateb’ iaitu pelajar yang belajar di dalam Masjid Al Aqsa.
    Manakala pembelajaran di universiti-universiti Israel disampaikan
    dalam Bahasa Hebrew dan mereka tidak mengiktiraf beberapa
    Universiti Palestin dan ijazah mereka.
  • Percubaan berterusan oleh penjajah Isarel yang antaranya telah
    berjaya dilaksanakan dengan mengasingkan antara Yahudi dan
    Muslim di Masjid Al Aqsa melalui pelaksanaan polisi status quo.
    Ia jelas sekali menunjukkan penindasan dan melanggar hak
    beragama umat Islam di Masjid Al Aqsa.
  • Mendedahkan pencabulan dan pencerobohan penjajah Israel
    ke atas kesucian rumah ibadah Muslim dan Kristian di Masjid Al
    Aqsa dan gereja-gereja yang terdapat di Baitul Maqdis. Penjajah
    Israel menghalang penduduk Palestin untuk menjalankan aktiviti
    keagamaan di Baitul Maqdis dengan membina tembok dan
    mewujudkan pusat pemeriksaan. Penjajah Israel juga mengambil
    langkah sewenang-wenangnya bagi memperkasakan dakwaan
    radikal mereka terhadap Masjid Al Aqsa dengan menganjurkan
    lawatan oleh ahli ibadah Yahudi sambil diiringi pasukan penjajah
    yang bersenjata. Mereka turut melaksanakan polisi arkeologi
    penggalian di sekitar Masjid Al Aqsa. Secara tidak langsung ia
    mengancam struktur dan bentuk Masjid Al Aqsa. Semua ini
    dilakukan atas alasan untuk membina kuil sebagai rumah ibadah
    mereka. Namun hakikatnya, ia adalah muslihat Israel untuk
    menghancurkan Masjid Al Aqsa dengan menggali terowong di
    bawah masjid sekaligus melanggar keputusan yang dipersetujui
    semasa konvensyen antarabangsa yang menjamin kebebasan
    beragama dan melarang apa-apa serangan dilakukan ke atas
    orang yang mengamalkan kesucian agama masing-masing.
  • Ketidaksahihan dakwaan Israel ke atas hak mereka terhadap
    Masjid Al Aqsa dan dakwaan terletaknya kuil mereka di situ.
    Kepalsuan dakwaan ini malah dirujuk pada undang-undang
    antarabangsa dan fakta sejarah sehingga menyebabkan UNESCO
    mengabaikan dakwaan hubungan Yahudi dengan Masjid Al Aqsa
    dan Tembok Al Buraq. UNESCO turut mengeluarkan resolusi yang
    tetap menyatakan Masjid Al Aqsa sebagai tapak warisan Muslim
    pada tahun 2016.

Polisi Media untuk Berdepan dengan Naratif Pendudukan Haram Israel Mengenai Baitulmaqdis

Laporan media mengenai keganasan pendudukan haram, polisi yahudisasi dan ancaman demografi

  • Menekankan percanggahan antara dasar kepemimpinan Israel dan praktik agresif mereka, dengan memberi contoh kes penempatan haram, tindakan mereka yang tidak berperikemanusiaan, termasuk MK dan serangan Al-Aqsa oleh menteri, atau sokongan mereka terhadap pencabulan Baitul Maqdis dan penduduk.
  • Bagi mendapatkan berita mengenai Baitul Maqdis, elakkan hanya
    bergantung pada sumber berita sekunder, seperti daripada berita
    penjajah Israel sebaliknya bergantung pada sumber tempatan yang
    utama iaitu daripada institusi Palestin yang pakar dalam bidang
    Baitul Maqdis, serta daripada sumber media yang dipercayai.
  • Menggunakan istilah dan ungkapan yang teliti mengenai Baitul
    Maqdis dan merujuk pada pakar untuk memilih dan merumuskan
    suatu ungkapan dan istilah. Penting untuk diingat bahawa
    pendudukan haram terus menggunakan ungkapan palsu untuk
    menghapus atau menyembunyikan fakta, mengubah mercu tanda
    Baitul Maqdis dan menghapuskan identiti kota.
  • Penting untuk menyangkal naratif penjajah dan dakwaan palsu
    mereka mengenai Baitulmaqdis, yang disebarkan dalam beberapa
    bahasa sebagai salah satu agenda propaganda. Pendudukan haram
    Israel terus-menerus mengadopsi slogan negara Yahudi, dengan
    menyatakan bahawa Baitulmaqdis ialah ibu kota Israel atau ibu
    kota negara Yahudi. Penjajah Israel terus mempromosikan mereka
    sebagai lanjutan daripada tamadun Barat untuk menghadapi
    peradaban Islam, dengan mendakwa hubungan Yahudi yang
    bersejarah dengan Palestin. Penting untuk menyangkal dakwaan
    tersebut dengan menggunakan kaedah pujukan, kronologi,
    statistik dan bukti peristiwa, tanpa menggunakan bahasa dan
    gelaran yang menghina. Penting juga untuk memaparkan fakta
    dan analisis peristiwa dengan menyangkal naratif Israel, dan
    sebaliknya memperkuat naratif Palestin dan Muslim.
  • Berinteraksi dengan liputan media penjajah Israel untuk
    mengetengahkan agenda propaganda Israel, implikasi dan
    konteks Yahudisasi termasuklah memetik kenyataan mereka
    dan menterjemahkannya. Namun terjemahan haruslah objektif
    berdasarkan standard piawaian media dan polisi editorial yang
    ketat.
  • Mengaitkan perkembangan semasa, seperti Intifada (kebangkitan)
    dan tindakan penentangan Palestin di Baitul Maqdis, dengan
    realiti pendudukan haram, pencerobohan dan pelanggaran
    yang dilakukan oleh penjajah Israel terhadap penduduk Palestin.
    Tindakan Palestin mesti ditunjukkan sebagai reaksi logik dan
    relevan dalam hal ini. Di samping itu, perlu ditekankan gagasan
    bahawa perjuangan nasional Palestin dengan perjuangan Muslim
    tidak asing, terutama mengenai isu Baitul Maqdis.

Langkah kewartawanan yang menguatkan peranan media dalam isu Baitul Maqdis

Saluran media harus bergantung pada sumber yang dipercayai dan pelbagai untuk menyampaikan isu Baitul Maqdis. Berikut ialah piawaian dan faktor untuk memilih sumber media, dan memeriksa fakta mengenai isu Baitul Maqdis:

  • Media boleh melaporkan isu berkaitan Baitul Maqdis dan Masjid Al
    Aqsa dengan memberi penekanan terhadap sudut kemanusiaan.
    Contohnya, media tidak hanya memaparkan kemusnahan
    rumah yang berlaku tetapi juga melaporkan dengan lebih
    mendalam keadaan hidup mereka, keadaan keluarga yang terlibat
    terutamanya reaksi kanak-kanak seperti bagaimana mereka akan
    meneruskan hidup dan pergi ke sekolah pada hari berikutnya.
  • Media juga boleh memberi perhatian mengenai Baitul Maqdis
    dengan melaporkan melalui pelbagai jenis platform seperti
    penerbitan eletronik supaya maklumat disampaikan dengan lebih
    efektif. Dengan pelbagai kaedah seperti penggunaan teknologi,
    realiti kehidupan dan cabaran yang dihadapi oleh rakyat Palestin
    di Baitul Maqdis boleh dipaparkan dengan lebih luas.
  • Memastikan kewartawanan profesional berdasarkan prinsip media
    dan teknik editorial seperti berikut:
    * Berpegang kepada prinsip ‘Careful Journalism’ iaitu kaedah
    kewartawanan yang teliti dan ‘Investigative Journalism’
    iaitu kaedah kewartawanan yang memerlukan penyiasatan
    ketika membincangkan isu Palestin. Nilai seperti kredibiliti,
    ketepatan, kesahihan, dan kebolehkesanan penting untuk
    dipatuhi. Dengan ini, ia akan membuka ruang lebih luas untuk
    mereka memberikan analisis yang lebih mendalam ketika
    membincangkan isu ini secara tepat dan profesional.
    * Prinsip ‘explanatory Journalism’ iaitu membuat huraian tentang
    isu Baitul Maqdis dengan memberi informasi dan penerangan
    mengenai pelbagai aspek, kesan, dan keganasan yang berlaku
    tanpa terhad kepada “Berita Baitul Maqdis” semata-mata.
    * Prinsip ‘solution-based journalism’ iaitu fokus kepada
    penyelesaian memandangkan terdapat banyak laporan
    isu dilaporkan tanpa mencadangkan solusi. Dalam
    membincangkan isu Baitul Maqdis, penting untuk wartawan
    menjalankan penyiasatan bagi mencadangkan penyelesaian
    tentang masalah isu kemanusiaan yang timbul kesan daripada
    pendudukan haram Israel.
    * Menggunakan kaedah penyampaian dan persembahan
    dengan bantuan teknologi seperti bantuan visual, topografi
    contohnya peta 3D, yang dapat menunjukkan kesan
    dan keadaan penduduk di Baitul Maqdis. Ini juga dapat
    memaparkan mercu tanda dan geografi secara tepat selain
    menyertakan gambar dan video.
    * Menyelaraskan media Palestin dan organisasi media yang
    lain untuk menyeragamkan naratif dan wacana termasuklah
    penggunaan istilah dalam menyampaikan hal Palestin. Sebuah
    organisasi perlu diwujudkan bagi menjalankan kempen yang
    menjelaskan bahaya dan ancaman yang dilakukan Israel ke
    atas Baitul Maqdis, disokong oleh sumber visual, dan laporan
    awal. Ini perlu diselaraskan dengan pelbagai saluran media
    yang lain seperti penerbit buku mahupun persatuan atau
    mana-mana badan kewartawanan.
    * Sangat perlu untuk mempelbagaikan kandungan berkaitan
    Baitul Maqdis seperti menerbitkan sebuah rancangan
    temubual, filem dan program. Kandungan yang dibawa juga
    haruslah disampaikan dalam pelbagai bahasa bersesuaian
    dengan setiap penonton sama ada di Palestin dan juga seluruh
    dunia.
    * Tidak berterusan bergantung sepenuhnya dengan agensi
    media antarabangsa sebaliknya menghantar wakil media ke
    kawasan berkenaan bagi mendapatkan sumber dan keadaan
    sebenar daripada penduduk tempatan di Baitul Maqdis.

Terminologi media yang khusus bagi isu Baitul Maqdis

Terdapat perbezaan dan kekeliruan dalam istilah yang digunakan media dalam melaporkan isu berkaitan Baitul Maqdis. Beberapa panduan yang boleh dirujuk bagi menggunakan istilah di mana- mana saluran media:

  • Menggunakan istilah yang boleh mempamerkan hak rakyat
    Palestin untuk menentang, kebebasan, hak kembali dan hak
    negara berdaulat dengan Baitul Maqdis sebagai ibu negara.
    Elakkan menggunakan istilah dan terma yang berpihak kepada
    pendudukan haram Israel seolah-olah mereka mempunyai hak
    merampas tanah di Baitul Maqdis seperti “Wailing Wall” iaitu tembok
    ratapan atau “Protective wall” iaitu tembok perlindungan. Nama
    asal bagi bandar, kota dan fasiliti yang berbahasa arab perlulah
    digunakan, bukannya menggunakan nama yang diberikan Israel
    di dalam Bahasa Hebrew (Contohnya seperti Bukit Har Homa yang
    nama asalnya ialah Jabal Abu Ghneim).
  • Istilah yang digunakan oleh penjajah Israel perlu diteliti dan
    perkataan ‘penduduk haram’ atau ‘penjajahan’ perlulah digunakan
    pada konteks yang sesuai untuk menyatakan tentang negara
    haram Israel. Istilah yang secara jelas digunakan bagi menunjukkan
    pelanggaran hak asasi manusia oleh penjajah Israel haruslah
    diberi gelaran seperti ‘kerajaan pendudukan haram’, ‘tentera
    pendudukan haram/penjajahan Israel’, ‘polis penjajahan Israel’,
    ‘parlimen penjajahan Israel’, ‘serangan penjajahan Israel’, ‘jenayah
    pendudukan haram’, ‘keganasan yang dilakukan penjajah haram’
    dan sebagainya.

Kesalahan Biasa Istilah Umum

Berikut adalah antara contoh kekeliruan istilah yang dilaporkan pihak media dan ia tidak terhad kepada ini sahaja.

ISTILAH ISRAEL ISTILAH ALTERNATIF
1.    Yerushalaim Baitul Maqdis / Jerusalem
2.    Kawasan Yahudi/ Jewish            Quarter Kejiranan Al-Sharaf dan Kawasan Maghribi
3.  Tembok Ratapan / Wailing         Wall Tembok Al-Buraq
4.  Kuil Sulaiman Masjid Al-Aqsa
5.  Temple Mount Masjid Al-Aqsa / Jabal Bayt Al-Maqdis / Al-Haram Al-Sharif
6.  Holy Basin Kota Lama
7.  Gunung Har Horma Jabal Abu Ghneim
8.  City of David Kawasan kejiranan Silwan /
Tempat suci Baitul Maqdis
9.    Soloman’s Stables Dewan Solat Marwani
10. Greater Jerusalem Baitul Maqdis yang dijajah/ diduduki
11. Baitul Maqdis Barat Baitul Maqdis Barat yang dijajah/ diduduki
12. Baitul Maqdis Timur Baitul Maqdis Timur yang dijajah/diduduki
13. Perbandaran Baitul Maqdis Perbandaran Penjajahan Baitul Maqdis
14. Holy of Holies Foundation Stone
15. Tanah Yang Dijanjikan Palestin